ANDAINYA MANGSA INI ADALAH ADIK KITA, ANAK KITA, SAUDARA KITA...

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 8/05/2007 02:34:00 AM | 1 Pandangan »

Harian Metro bertarikh 4 Ogos 2007 menyiarkan berita bertajuk “9 pelajar menangis minta maaf”. Berita ini berkaitan dengan isu bagaimana seorang pelajar perempuan telah dibelasah dan dirakamkan aksi bogel di Felda Keratong baru-baru ini.
Dilaporkan bahawa Sembilan pelajar yang terlibat dalam ‘keganasan’ ini telah memohon maaf sambil menitis air mata keinsafan sebaik mengulurkan sepuluh jari kepada mangsa.
Saya masih termangu, buntu dan keliru dengan kejadian ini. Sukar untuk menerima realiti yang telahpun tercatat dalam lipatan sejarah. Begini teruk sekali keruntuhan moral, adab dan maruah anak-anak bangsa pada hari ini.
Tunggu ulasan saya nanti...

1 Pandangan

  1. WUZARA // August 6, 2007 at 2:34 PM  

    Assalamualaikum wbt...
    laksana hukum islam pasti akan terdapat maslahat. tetapi bukan kerana maslahat, hukum boleh berubah.
    begitulah hidup di zaman Islam tidak diterapkan, maka banyak maslahat yang tidak terjaga.
    ini kes ekstreme yg buat orang terpanggil, tetapi bagaimana dengan kes2 pencabulan hukum syara' yang seperti bukan suatu dosa?
    di mana2 aurat didedah, banyak kes murtad, dari si jahil sampai ke ustaz arung riba', sampai maruah muslimah jadi mainan.
    marilah kita kembalikan semula islam di planet ini, moga2 kita ada jawapan di yaumil mahsyar kelak.

    khairul khairi