JOHOR BAHRU, 26 Jun (Hrkh) – Desakan Dr Mohd Ramli Md Kari (PAS-Senggarang), pada sidang Dun tahun lalu agar pelaksanaan Free Access Zone (FAZ) dalam Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) dibatalkan telah mendapat perhatian Menteri Besar Johor, Dato’ Haji Abdul Ghani Othman, yang kemudiannya mengisytiharkan pembatalan pelaksanaan FAZ ini pada 4 April lalu.
Semasa berucap membahaskan usul menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor semasa merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Ke- Empat Bagi Dewan Undangan Negeri Johor Yang Ke-Sebelas bermula 11 Jun lalu, Dr Ramli, dalam ucapannya turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar yang menerima baik pandangan pembangkang.
“Saya penuh yakin pembatalan FAZ ini adalah tindakan terbaik untuk menjaga kepentingan masa depan rakyat dan negara kita.
“Jika FAZ ini diteruskan juga kita bimbang ianya nanti akan mengundang bahaya yang amat besar terhadap negara ini terutama dari sudut keselamatan dan juga kedaulatan negara ini," katanya lagi.
Justeru kerana itu tegasnya lagi,“sejak dari awal lagi PAS menentang dengan sekeras-kerasnya pelaksanaan FAZ ini kerana kita melihat ianya boleh mengundang bahaya untuk masa depan rakyat dan negara ini." - mks.
------------------------------------------
Khairul Faizi : Dewan Pemuda PAS Negeri Johor mengucapkan syabas kepada YB Dr Mohd Ramli Kari walaupun keseorangan di dalam sidang DUN Johor tetapi masih terus tabah untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan agama dan negara.
Sebagai seorang wakil rakyat tunggal pembangkang dalam DUN Johor yang terpaksa berhadapan dengan 55 orang lagi wakil rakyat BN, peranan Dr Ramli sehingga ke hari ini sangat berkesan dalam membawa masalah rakyat, bukan sekadar rakyat di dalam kawasan DUN Senggarang sahaja tetapi melibatkan keseluruhan negeri Johor.
Mudah-mudahan dengan peranan yang dimainkan oleh Dr Ramli akan membuka hati pengundi-pengundi di Johor untuk memilih PAS dalam pilihanraya umum yang akan datang.
0 Pandangan
Post a Comment