TAK HABIS-HABIS DENGAN PERTANDINGAN HIBURAN...

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 6/28/2007 07:14:00 PM | 0 Pandangan »

28 Jun, 2007 18:46 PM

RTM Akan Lahirkan Bintang Baru
KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Tradisi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam melahirkan bintang-bintang baru yang bakal menyinari pesada seni suara negara akan diteruskan lagi Ahad ini, menerusi acara kemuncak Malam Seribu Bintang Suara Emas Bintang RTM 2007.
Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Rancangan) Datuk Adilah Shek Omar berkata lapan finalis akan berentap merebut peluang dinobatkan juara pertandingan seni suara itu, yang akan disiarkan secara langsung menerusi RTM 1 dari Auditorium Perdana, Angkasapuri pada pukul 8.30 malam.
Beliau berkata acara penuh gilang gemilang itu juga akan menyaksikan para finalis diuji ketajaman minda, menerusi sesi soal jawab tentang pengetahuan umum, selain dinilai dari segi vokal, persembahan dan penampilan.
"Program ini nanti bukan sahaja akan menampilkan kehebatan persaingan lapan finalis, tetapi juga menjadi medan perhimpunan sejumlah besar bintang-bintang yang pernah dilahirkan oleh RTM sebelum ini," katanya.
--------------------------------------------------
Khairul Faizi : Stesyen Televisyen swasta terus bersaing untuk mengadakan pertandingan mencari bakat baru dalam hiburan, RTM juga nampaknya turut bersama memeriahkan aktiviti yang sama. Apakah menjadi satu keperluan yang terdesak untuk melahirkan penyanyi dan penghibur dalam jumlah yang terlalu ramai sedangkan dalam masa yang sama ISLAM terus dihinjak-hinjak ketika ini?
Generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan pada masa hadapan kini lebih dibajai dengan hiburan dalam kehidupan mereka, bangun tidur dengar muzik, naik kenderaan dengar muzik, memasak dengar muzik, aktiviti harian yang mereka lakukan mesti diiringi dengan muzik.
Bagaimana mampu untuk kita lahirkan generasi muda yang berkualiti?

0 Pandangan