PERBEZAAN ANTARA DUA CERAMAH

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 6/28/2007 02:34:00 AM | 0 Pandangan »

Alhamdulillah, perjalanan daripada Batu Pahat ke Kluang selepas ceramah tadi telah dilindungi Allah tanpa apa-apa insiden yang tidak diingin.
Saya mengambil kesempatan sebelum melelapkan mata untuk berkongsi pengalaman berceramah. Semalam saya berpeluang berceramah dengan Datuk Ishak Baharom yang merupakan AJK Dewan Ulama’ PAS Pusat dan juga mantan Mufti Negeri Selangor. Tadi, saya berpeluang untuk berceramah dengan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ust Nasaruddin Hassan At-Tantawi.

Ada 2 perbezaan yang saya kira ketara di antara ceramah malam semalam dan ceramah malam tadi. Semalam, ceramah telah diadakan sempena perasmian PASTI-Al-Farabi di Bandar Mas Parlimen Senggarang dan malam tadi ceramah diadakan di Markas PAS Cawangan Tongkang Pecah di Parlimen Sri Gading.

Kehadiran malam semalam tidaklah ramai di Bandar Mas kerana itulah kali pertama PAS mengadakan ceramah di kawasan tersebut namun penduduk setempat telah hadir dan memberikan tumpuan mereka kepada apa yang disampaikan dalam ceramah tersebut. Saya lebih menyampaikan tentang sejarah PAS ditubuhkan dan kenapa PASTI diwujudkan. Datuk Ishak Baharom pula lebih menyampaikan kepada pendengar bahawa PAS dan kepimpinan PAS komited untuk menegakkan Islam.

Malam tadi, kehadiran agak ramai dan pihak penganjur berpuashati dengan kehadiran yang diluar jangkaan namun sekali imbas saya melihat kebanyakkannya adalah terdiri daripada kalangan ahli dan penyokong PAS.

Sebagai penceramah, saya lebih cenderong untuk menyampaikan ceramah pada malam semalam kerana ia melibatkan pendengar yang baru termasuk ahli UMNO kerana ini adalah peluang untuk kita menyampaikan risalah dakwah kepada mereka. Manakala ceramah malam tadi lebih kepada pengukuhan kefahaman ahli kepada perjuangan PAS dan penyampaikan maklumat terkini isu semasa.

Apapun, langkah untuk mengadakan ceramah-ceramah tersebut perlu diteruskan tetapi perlu diambil inisiatif mengenal pasti kawasan dan lokasi baru untuk mengadakan ceramah agar maklumat dapat disampaikan kepada rakyat secara keseluruhannya. Usaha perlu dilipatgandakan terhadap kerja-kerja penerangan ini memandangkan pilihanraya umum nampaknya semakin hampir.
Wassalam
Khairul Faizi Ahmad Kamil
28 Jun 2007, 2.55 pagi

0 Pandangan