Jangan perli Islam Hadhari: PM
The STAR Online, 2007-06-12 22:03:04.0
Oleh SA'ODAH ELIAS
BANGI: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menegur golongan yang gemar memperlekeh-lekehkan konsep Islam Hadhari yang dipeloporinya.
"Saya sudah bercakap mengenai Islam Hadhari merata dunia, semuanya menerima konsep itu. Tapi orang Melayu di sini pula, gaduh, mahu perli perli. Ini bukan agama baru. Ini cuma pendekatan untuk mengembalikan kegemilangan budaya Islam," katanya ketika merasmikan Muzakarah Kebangsaan Imam di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini.
--------------------------------------------------------------
Khairul Faizi : Wah!!! Bukan main marah lagi nampak. Kenapa pulak Pak Lah nak marah-marah, kalau dah orang nak perlekeh konsep Islam Hadhari tu. Sekarang ni, siapa yang mempermain-mainkan dan memperlekehkan Islam?.
Come on la Pak Lah, betul ke serata dunia dapat terima konsep ni. Betul ke? Sepatutnya sebelum kita sibuk nak perkenalkan 'agama baru' ni kepada orang luar kita kena selidik dulu penerimaan orang kita.
Percayalah, amat sedikit peratusan penduduk Malaysia ni yang betul ingat apa 10 rukun Islam Hadhari, silap-silap Pak Lah sendiri pun tak ingat. Kalau adapun mungkin disebabkan terpaksa mengingat kerana nak jawab kertas Tamadun Islam dan Tamadun Asia dalam peperiksaan di Universiti.
Saya tak nak komen kenapa Pak Lah nak cari isteri yang tak pakai tudung sebab dalam rukun Islam Hadhari memang tak ada peruntukan tentang perlunya menutup aurat, tak gitu?
Pak Lah, Pak Lah...semakin kuat Islam Hadhari dipertahankan semakin teruk negara kita, banjir kilat, gejala sosial, kes dadah, mat rempit, kecurian, pembunuhan dan pelbagai lagi. Dalam suasana tidak selamat seperti ini Pak Lah nak harapkan rakyat dapat menerima Islam Hadhari? "Sendiri mau ingat la..."
Bukan berniat nak bercakap kasar tapi 'kesian' kat Pak Lah yang 'masuk bakul angkat sendiri'.
0 Pandangan
Post a Comment