MUAR DILANDA BANJIR

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 6/13/2007 12:43:00 AM | 0 Pandangan »

Saya mendapat SMS daripada Setiausaha DPPNJ pada pukul 6.30 pagi yang memaklumkan bahawa beberapa lokasi di Muar telah dinaiki air sehingga menyebabkan berlakunya banjir.
Mengejutkan tetapi itulah realitinya. Pukul 11.15 pagi saya menghubungi Dato' Dr Mahfodz yang telahpun berada di Kampung Parit Salman bersama pimpinan PAS Kawasan Muar.
Setelah menyelesaikan beberapa urusan di Kluang, saya bersama sdr Hamid Jamah (Ketua Penerangan DPPNJ) telah bergerak ke Muar untuk meninjau keadaan banjir yang berlaku.

Saya dimaklumkan bahawa air telah naik sehingga 1 kaki di Parit Salman pada sebelah pagi tetapi ketika saya tiba pada pukul 5 petang air telah pun mulai surut.
Walaubagaimanapun, banjir yang melanda kawasan ini masih terkawal dan dijangka akan surut dalam tempoh terdekat, itupun sekiranya hujan tidak turun lagi.
PAS Kawasan Muar telahpun turun membantu penduduk termasuklah menyediakan makan tengahari dan barangan makanan yang lain.
Unit Amal Negeri Johor telahpun dimaklumkan akan kejadian ini dan diminta bersedia untuk menerima arahan sekiranya hujan turun lagi sehingga menyebabkan banjir.









0 Pandangan