BANJIR DI KAMPUNG SUNGAI SULOH, SENGGARANG

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 6/16/2007 12:39:00 PM | 0 Pandangan »

Hujan lebat yang melanda Kampung Sungai Suloh pada hari semalam (15 Jun 2007) selama hampir 3 jam telah menenggelamkan hampir 70 buah rumah sehingga ke paras satu kaki.
Saya telah hadir bersama petugas unit Amal Batu Pahat untuk sama-sama mengagihkan bantuan makanan, minuman dan beberapa keperluan lain kepada mangsa yang terlibat.
YB Dr Mohd Ramli Kari (ADUN Senggarang) telah mula turun pada lewat petang sejurus menerima maklumat tentang banjir tersebut.
Pagi ini (sabtu) petugas Unit Amal Johor telah mula turun untuk operasi pembersihan rumah-rumah yang terlibat.





0 Pandangan