SIASAT SEGERA!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 6/17/2007 01:00:00 AM | 0 Pandangan »


Kejadian letupan bom buatan sendiri malam tadi di hentian Puduraya adalah merupakan satu kejutan yang menimpa negara yang dianggap selamat daripada sebarang bentuk militan dan keganasan.
Kejadian yang menimpa adik Atykah Nadiah Zamzar, 11 tahun yang dipercayai cuba mengangkat satu beg plastik yang terletak di atas bangku bersebelahan apabila ia tiba-tiba meletup sangat menyedihkan.
Semoga pihak keselamatan dapat merungkai kejadian ini dengan segera dan membawa mereka yang terlibat kemuka pengadilan.
Dalam laporan The Star online menyebut bahawa kejadian tersebut berlaku di platform 7, paltform yang biasa saya gunakan untuk menaiki bas S&S International berulang-alik ke Johor.
Semoga adik Atykah dan keluarga terus tabah dan bersabar.

0 Pandangan