PANDANGAN RIVERS LIM DALAM ISU KESELAMATAN DI JOHOR

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 6/21/2007 10:39:00 AM | 0 Pandangan »

Saya mendapat email daripada kawan baik saya yang juga 'adik angkat' saya yang membicarakan soal keselamatan yang akhir-akhir ini sangat meruncing di Johor. Utusan Malaysia hari ini menyiarkan berita bagaimana Kabinet telah memutuskan untuk mengerahkan tambahan 400 anggota polis ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Johor secepat mungkin bagi menangani masalah jenayah di negeri itu yang disifatkan serius sejak kebelakangan ini.
Sebentar lagi saya akan siapkan kenyataan media DPPNJ terhadap isu ini.
Terima kasih Rivers Lim.
--------------------------------------------------------
Mengapa Kamu Membuat Laporan Polis?
MELAKA, 19 Jun - Seorang wanita Singapura telah dirompak di bandar Melaka. Apabila dia pergi ke balai polis membuat laporan, dia mendapati bahawa sikap polis di situ kurang baik, tambahan pula tidak memahami Bahasa Inggeris. Kemudian, kedua-dua pihak tidak dapat berkomunikasi. Akhirnya terpaksa meminta kawannya menggunakan Bahasa Inggeris untuk menulis laporan polis. Tetapi apa yang memarahkan wanita itu ialah: Selepas membuat laporan, polis itu tidak mengambil tindakan yang sepatutnya malah menanya balik wanita itu, "Mengapa kamu melapor polis? Meminta polis mengambil tindakan?"
Mengikut berita , wanita itu telah meminta bantuan SU DAP, Lim Guan Eng. Kemudian, dia telah menyatakan bahawa pihak polis memberi dia satu imej yang tidak baik, dia rasa pihak polis macam tidak mengambil berat keamanan dan keselamatan tempatan. Wanita ini sebenarnya dari sebuah organisasi christian.
"Salah seorang ahli dari organisasi kami juga dirompak semasa dia melawat Melaka pada minggu yang lalu," dia kata.
Pandangan Rivers: Jika pihak polis kita begitu lemah, sebenarnya mereka tidak wajar ditambah gaji. Jika berbanding polis Malaysia dengan polis Singapura, kesanan polis Malaysia kurang baik. Imej polis Singapura bukan sahaja bersih(tidak rasuah) kemudian efektif. Ai, polis Malaysia kena banyak berusaha lagi!
Satu Kes Perompak Berlaku Di JB Lagi! Pekerja Wanita Cedera Serius Sehingga Mati Pengsan
JOHOR BAHRU, 20 Jun - Seorang wanita yang bekerja di kilang telah dicedera semasa dirompak. Selepas dirawat di dalam hospital selama 4 hari, dia tidak dapat dirawat dan telah meninggal dunia. Apa yang menyakitkan hati keluarganya ialah, dia adalah ahli keluarga yang kedua yang mati kerana dirompak! Wanita ini bernama Tiong(45 tahun), tinggal di Parit Kangkong(?), Batu Pahat, bekerja di sebuat kilang baju semasa berhidup. Dia telah dirompak pada 16 Jun, pukul 7 pagi, dalam pertengahan jalan pergi kerja.
Dia juga mengalami cedera yang serius di kepalanya semasa dirompak. Selepas dirompak, dia dihantar ke Hospital Batu Pahat oleh orang yang melalui kawasan itu. Kemudian dihantar ke Hospital JB kerana keadaannya terlalu serius. Akhirnya, dia telah mati pada semalam(Selasa, 19 Jun), pukul 3:55 petang.
Seorang ahli keluarganya yang mati kerana dirompak ialah adik suaminya, Goh. Goh telah didapati bahawa tercucuk 5 kali oleh pisau semasa dicari di kilang simen yang dia kerja pada 19 Mac tahun ini. Selepas itu, Goh pengsan dan mendapat rawatan di hospital JB. Dia telah meninggalk dunia pada 1 April tahun ini di Hospital JB. Goh juga mengalami cedera serius di kepala semasa dirompak. Oleh sebab tiada orang nampak peristiwa ini berlaku, ini menyusahkan polis mencari perompak.
Rivers: Saya berasa derita apabila memandang gambar Tiong di laman web itu. Apabila membaca adik suaminya juga mengalami kemalangan yang serupa. Hati saya sangat sedih, air mata juga hampir terjatuh. Saya berasa kasihan terhadap keluarga ini yang mengalami deritaan berturut-turutan.
Hampir 90 Ribu Orang Menandatangan Petisi Persatuan Tiong Hwa JB
JOHOR BAHRU, 20 Jun - 93, 284 orang telah menandatangan Petisi yang disediakan oleh Persatuan Tiong Hwa JB. Keputusan ini dikira sehingga Selasa(19 Jun), pukul 5 petang. Berbanding dengan keputusan hari Isnin - 74, 404 orang, mereka telah mendapat 19, 244 tandatangan yang lebih pada hari Selasa. Dalam keputusan keseluruhan, 55, 382 tandatangan dari laman web, 37, 902 tandatangan dari tandatangan sebenar ataupun faks. 55, 382 tandatangan dari laman web itu, seramai 27, 179 orang ataupun 49.07% adalah orang JB. 28, 203 orang yang lain ataupun 50.93% bukan orang JB.
Rivers: http://www.jbtalks.cc/petition/ link ini ialah petisi mereka yang berada di laman web. Laman web KeADILan Johor juga telah mengeluarkan notis pada muka hadapan. Tetapi... Sila baca berita yang seterusnya:
Chua Soi Lek: Persatuan Cina di JB Tidak Digalak Mengadakan Kempen Tandatangan
KUALA LUMPUR, 19 Jun - Naib Pengerusi(?) MCA, Chua Si Lek(?) berkata, dia tidak mengalakkan Persatuan Cina di JB mengadakan kempen tandatangan, mengguna telefon, ataupun SMS menyampaikan masalah keselamatan kepada kerajaan.
Chua juga adalah Pengerusi Perhubungan Negeri Johor MCA, kenyataan tersebut dikeluarkan selepas mesyuarat MCA pada hari ini. Dia berharap organisasi-organisasi tersebut boleh menggunakan saluran yang sesuai untuk menyampaikan masalah tersebut kepada pihak kerajaan.
Chua telah membawa wakil-wakil organisasi Cina JB pergi melawat Ibu Pejabat Balai Polis JB semalam. Mereka dapat berjumpa dengan Ketua Polis Datuk Hussein Ismail untuk memahami keadaan keselamatan JB.
Dia kata, pihak polis telah menyebut tentang ingin menambah orang dan juga memasang CCTV di kawasan hitam. Dia juga mengatakan bahawa keselamatan daerah JB ialah daerah yang paling teruk di Johor.
Bilangan Polis tempatan tidak mencukupi, rasio polis dengan penduduk tempatan ialah 1:4000, rasio yang sesuai ialah 1:250.
Riv': Chua tidak pergi memain drama betul-betul membazirkan talentnya. Semasa saya menulis kenyataan media Cina yang lepas(tidak dicetak oleh surat khabar Cina), saya telah menulis bahawa polis tidak cukup ialah alasan. Apabila kita berjalan di JB, kita kurang ada peluang menampak polis patrolling. Tetapi kita sentiasa ada peluang berjumpa dengan Polis Trafik di mana-mana.
Kadangkala, kebarangkalian perjumpaan dengan polis trafik boleh dikatakan tinggi! Jika saya tidak salah ingat, pangkat polis biasa dengan polis trafik sama, latihan juga sama. Berbanding keselamatan dengan trafik, pandangan saya ialah keselamatan sekarang adalah lebih penting. Pihak polis harus mengurangkan bilangan polis trafik untuk menambahkan bilangan polis keselamatan. Akhir kata, Chua cuma ingin memain drama di depan kita melalui media sahaja.
Pelajar Perempuan Cina JB Dirogoh Oleh Polis Palsu Semasa Menunggu Bas
JOHOR BAHRU, 20 Jun - Seorang pelajar perempuan bangsa Cina telah ditangkap oleh seorang polis palsu semasa menunggu bas sekolah di Tampoi. Polis palsu itu kemudian membawa pelajar itu ke Taman Teknologi, Skudai dan merogohkannya.
Riv': Inilah keseluruhan berita yang dicetak dalam laman web . Begitu pendek sahaja, saya suspect kebenaran berita ini...... Saya sudah ada satu masa yang panjang tidak membuat kerja translation. Harap kamu boleh memahami apa yang saya cuba menyampaikan.

Rivers Lim 林義
~Which way I'm heading?
Anyway streams flow.~

0 Pandangan