Datin Seri Jeanne Abdullah Ubah Penampilan?

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 6/16/2007 01:19:00 PM | 1 Pandangan »



Sejak menjadi isteri Pak Lah, Datin Seri Jeanne telah berubah dalam penampilannya. Saya tidak pasti apa yang perlu saya panggil apa yang beliau pakai dikepalanya sama ada tudung, selendang atau apa pun jua namanya.
Mungkin datin seri mula nak menutup aurat sesuai dengan 'title'nya kini yang menjadi isteri kepada Imam Islam Hadhari. Nanti apa pulak kata orang kalau dia tidak pakai tudung dalam majlis rasmi sedangkan suaminya disana sini melaungkan Islam Hadhari.
Tapi rasanya Pak Lah kena jugak tegur isterinya agar paham tentang cara memakai tudung. Tutup sehingga ke bawah paras dada tu dah cantik dah tapi 'jambul' kat kepala tu pun kena sorokkan. Nanti orang kata macam 'woody woodpacker' pulak.
Ataupun, mungkin Pak Lah nak gunakan pendekatan penerapan nilai-nilai Islam, buat perubahan sikit-sikit dulu, barulah akhirnya tutup penuh nanti. Tapi ingat sikit wahai PM, mati akan berlaku bila-bila masa sahaja.
Tapi yang paling teruk adalah pemakaian seperti ini dilakukan kerana tak nak bagi orang berterusan memperlekehkan Islam Hadhari. Sebagai seorang Islam saya doakan agar Datin Sri akan terus berusaha untuk memperkemaskan pemakaian tudungnya dan mendapat hidayah daripada Allah serta mendapat petunjuk daripadaNya.

1 Pandangan

  1. Diya Nordin // June 16, 2007 at 7:05 PM  

    salam alaik...

    tersenyum saya baca entry akhi yang ini. Tapi saya rasa apa yang akhi kata tu betul...

    Cuma rasanya, agak susah untuk melihat isteri pemimpin-pemimpin negara yang menutup aurat seperti yang sepatutnya.