AKHIRNYA ERIC CHIA BEBAS !!!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 6/27/2007 12:19:00 PM | 0 Pandangan »

Khairul Faizi : Memang mengejutkan dan ramai yang tentunya terkejut walaupun belum ada yang mati terkejut. Sebelum menghadapi pilihanraya Umum ke 11 dulu, Pak Lah menggemparkan dunia politik dengan kata-kata untuk membenteras rasuah dan salah guna kuasa.

Ramai yang percaya dan terpesona dengan janji-janji manis Pak Lah ini terutamanya apabila bekas Pengarah Perwaja Steel dibawa muka keadilan kerana dituduh pecah amanah.

Namun seperti yang dijangkakan oleh mereka yang percaya permainan politik UMNO/BN bahawa akhirnya kes ini akan berakhir dengan tiada apa-apa pensabitan tetapi lebih kepada 'gimik politik'.

Sila baca komentar daripada sahabat saya CheguBard tentang isu ini.

-------------------------------------------------------
Hari ini ramai yang terkejut dengan berita pembebasan dan pelepasan, Bekas pengarah urusan Perwaja Steel Sdn Bhd, Tan Sri Eric Chia Eng Hock, daripada tuduhan pecah amanah melibatkan RM76.4 juta oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini. Namun secara peribadi keputusan kes tersebut telah dijangka.
Tangkapan Kes Kasitah Gadam dan Kes Eric Perwaja menjelang pilihanraya 2004 sebenarnya merupakan gula gula menjelang pilihanraya. Abdullah yang baru menggantikan Mahathir ketika itu cuba menyakinkan rakyat bahawa beliau serius dalam perang anti rasuahnya dengan pembongkaran dan mengheret kes kes besar ke mahkamah.
Namun ketika pilihanraya 2004 yang ketika itu saya diberi amanah mewakili keADILan melawan Moohamad Bin Hassan (BN), saya telah menyatakan bahawa tangkapan itu hanya gula gula pilihanraya dan akhirnya tertuduh akan bebas kerana tidak cukup bukti dan kes ini akan disenyapkan. Ketika pilihanraya 2004 juga di bawah kerajaan yang kononya memerangi rasuah telah berlaku banyak salah laku rasuah dan seumpamanya.
Saya sendiri cuba disogok dan laporan polis telah dibuat bersama bukti akuan sumpah pembawa wang sogokan tetapi malangnya tiada sebarang tindakan dan calon BN tersebut pula diangkat menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Menggantikan Abdul Isa Samad yang akhirnya tersingkir jawatan menteri kerana rasuah dalam pemilihan parti tanpa dihadapkan ke muka pengadilan.

Penolakan hakim kerana kes itu lemah menguatkan tuduhan ia hanya gula gula menjelang pilihanraya 2004, kerana jika kes itu lemah mengapa pendakwaraya mengangkat kes itu. Mengapa tidak didahulukan kertas siasatan yang lebih kukuh seperti kertas siasatan rasuah Rafidah Aziz mahupun Rahim Thamby Chik yang pernah membuat Ezam merengkok dua tahun dipenjara kerana mendedahkannya.
Kes ini sebenarnya tidak akan terbongkar jika rakyat masih tunduk bisu mengiyakan perang anti rasuah palsu Kerajaan regim BN ini, kerana kes ini merupakan skandal besar yang melibatkan nama - nama besar pemimpin regim negara Malaysia.
Sekarang jika Eric tidak bersalah, siapa yang harus dipersalahkan dalam kerugian jutaan wang negara. Peguam negara juga terbabit dalam melindungi penjenayah....mereka mempunyai kepakaran mencari wang RM0.90 yang hilang atau skru 9 batang yang hilang sehingga menyeret pesalah dipenjarakan. Takkan jumlah wang berjuta gagal untuk dicari mana punca hilangnya.....?
Pesalah seperti Eric Chia dan Kasitah Gadam tidak pula digari dan dimasukkan kedalam lokap....walaupun sekejap. Seluruh rakyat Malaysia negara akan papa kedana jika terus diam diri. Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK) akan menemui PM pada 29 Jun ini jam 10 pagi untuk menyerahkan bukti 'sahih" dokumen yang secara jelas memperincikan penyelewengan dan salah guna kuasa yang didakwa pernah dilakukan oleh seorang Menteri Kanan Persekutuan Malaysia. Kita tengok apa jawab PM ?


0 Pandangan