"TERPULANGLAH..." KATA MUSA HASSAN

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 6/26/2007 01:18:00 AM | 0 Pandangan »


KUALA LUMPUR (The Star Online) : "Saya tidak gusar dengan semua tuduhan itu kerana ia adalah fitnah", kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengenai dakwaan satu laman web mengaitkan beliau dengan rasuah baru-baru ini.


Katanya tidak ada gunanya beliau melayan tohmahan itu kerana ia palsu dan terpulang kepada masyarakat untuk mempercayainya atau tidak.


"Terpulanglah... sebab sekarang ni laman web banyakkan? Semua orang boleh tulis apa yang hendak ditulis, globalisasi... jadi terpulang untuk menilainya," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas tentang laporan laman web, Malaysia Today, yang membuat dakwaan penglibatan Musa dalam rasuah serta mengatur kedudukan pegawai kanan polis dengan dipengaruhi ketua sindiket jenayah terancang Cina.

----------------------------------------------------

Khairul Faizi : Betul ke semua orang boleh tulis apa yang hendak ditulis? Biar betul ni...kenyataan seperti ini tidak sepatutnya dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara. Apakah beliau tidak merasai perlu untuk mempertahankan diri?


Mungkin Musa Hassan melihat ini sebagai proses demokrasi dan sesiapapun boleh menulis apa yang mereka rasa perlu ditulis tetapi harus diingat bahawa beliau perlu mempertahankan diri dan maruah beliau daripada dituduh seperti itu.


Congak mudah, andaikata Musa Hasan tidak menafikan tuduhan ini bermakna ianya adalah berita YANG BENAR. Oleh itu, penafian daripada Musa Hassan kini sedang ditunggu-tunggu...

0 Pandangan