SAMPAI BILA NAK MEMANTAU?

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 5/17/2007 08:03:00 AM | 1 Pandangan »


Najib arah Shafie beri penjelasan kenaikan harga barang - Utusan online

Oleh Fauzi Jaafar dan Sadatul Mahiran Rosli

KUALA LUMPUR 16 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan memberi penjelasan kepada orang ramai berhubung kenaikan harga tepung gandum dan barang keperluan lain.

Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun perkara itu sudah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet tetapi menteri kementerian itu, Datuk Mohd. Shafie Apdal perlu menjelaskannya kepada rakyat.

--------------------------------------
Khairul Faizi : Terasa 'naik muak' bila setiap kali berlakunya kenaikan harga barang, pemimpin-pemimpin sibuk dengan arahan supaya memantau, memantau, memantau...rasa macam 'nak muntah' saja.

Najib arahkan Mohd Shafie, Mohd Shafie arahkan penguatkuasa dan seterusnya tapi barang terus naik harga. Roti canai akan naik 10 sen bulan depan. Kerajaan akan jawab, apa usah sangat...boikot saja roti canai ataupun beri amaran keras kepada peniaga roti canai.

Rata-rata berita dalam media cetak hari ini melahirkan rasa kebimbangan terhadap kenaikan harga tepung gandum ini tetapi pemimpin negara terus memberikan arahan "Pantau harga barang!!!"

Tadi, TV3 menyiarkan bahawa ikut perjanjian, Januari tahun depan tol akan naik lagi. Pastiya, rakyat akan menanggung bebannya.

Wahai rakyat, marilah kita buat perubahan. Cukuplah dengan 'sandiwara' pemimpin UMNO/BN selama ini...Nak sokong BN lagi ke?

1 Pandangan

  1. Autumn Fied // May 17, 2007 at 2:54 PM  

    ye..mmg betul dgn apa yang terjadi sekarang. Orang lain yang dapat kenaikan gaji insan lain pulak yang teras kekusutannya. Mmgkerajaan tidak pernah perihatin ttg naisb rakyat sejak berubahnya pemimpin. Yang miskin bertambah la melaratnya. Mak ujud la kembali "Kais pagi makan Pagi, Kais Petang makan Petang" caya x..... kaji-kaji kan hai semua insan yang masih lagi lena dibuai "MIMPI".....