Semakin Ramai Pemuda MIC Letak Jawatan

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/02/2008 06:50:00 AM | 1 Pandangan »


PAS invites MIC's ex-Youth chief - Malaysiakini
Jul 1, 08 5:56pm


Opposition party PAS today invited former MIC Youth chief SA Vigneswaran, who had quit the BN-based party on Sunday, to come and join it along with his supporters.


The invitation was made through the PAS Supporters' Club today. Vigneswaran and several other youth leaders had severed their ties with MIC after having a fall out with the party's veteran president S Samy Vellu.


"Let us join forces and battle for equality and justice for all races in this country," said PAS national committee for unity chief Khariul Faizi Ahmad Kamil in a statement today,Khariul also welcomed other MIC members to join PAS.

Besides Vigneswaran, other prominent figures that left MIC are Kedah branch Youth chief R Nantha Kumar, secretary TM Ganesan, treasurer M Selvan and information head S Somasunther.Their move came after MIC head Samy Vellu asked Vigneswaran, who is 42, to resign from the youth chief post as he had exceeded the party constitutional age limit of 40.

Vigneswaran had first refused step down and insisted he would finish his term in office - until next party elections next March - before doing so.However on Sunday, stating that he has not support to go against the president, Vigneswaran decided to
leave the party altogether.
‘More will leave'In his statement today, Khariul further elaborated that more will quit or move from the Indian-based BN component party because of a raging internal crisis and the unreasonable attitude of Samy Vellu.

"Vigneswaran's drastic decision to terminate all affiliations with the party was simply because he lost confidence in Samy Vellu's leadership," said Khariul.

According to Khariul, MIC Kedah Youth leader Nantha Kumar believed a conspiracy had taken place at the highest level in the party in order to oust Vigneswaran.

"I'm confident many more leaders will abandon the party. Furthermore, this act will not come of a surprise because Samy Vellu said it himself that around 22 per cent of 630,000 members have already left," added Khariul.

"I'm certain that from these recent tidings more members, especially those from the youth wing, would end their membership with the party representing the Indian community in Malaysia," he said.

Vigneswaran diajak sertai kelab PAS - Malaysiakini
Jul 1, 08 3:22pm

Bekas ketua Pemuda MIC SA Vigneswaran, yang mengambil keputusan mengejut meninggalkan parti itu kelmarin, diundang menyertai Kelab Penyokong PAS.


Bekas ahli parlimen Kota Raja dilaporkan berbuat demikian selepas diarahkan presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu meletakkan jawatan kerana tempoh usianya melebihi 40 tahun.

Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata PAS mengalu-alukan kehadiran Vigneswaran dan beberapa pemimpin Pemuda MIC Kedah yang meletakkan jawatan sebagai membantah tekanan Samy Vellu kepada pemimpin mereka itu.

"Marilah kita bersama berganding bahu untuk memperjuangkan keadilan untuk semua kaum di dalam negara yang kita cintai ini," katanya, yang juga pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS.


Bekas Ketua Pemuda MIC diseru sertai Kelab Penyokong PAS - Harakahdaily
Anis Nazri Tue Jul 01, 08 11:25:11 pm MYT

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Bekas Ketua Pemuda MIC, S. A Vigneswaran diseru menyertai Kelab Penyokong PAS bagi sama-sama berganding bahu berjuang demi keadilan semua kaum.
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, PAS mengalu-alukan kehadiran Vigneswaran dan para pengikutnya untuk bersama menyertai Kelab Penyokong PAS di semua peringkat.

Seruan itu dibuat memandangkan sebahagian pemimpin MIC dan ahli-ahlinya menyatakan bahawa nasib kaum itu tidak akan terbela jika masih di bawah kepimpinan Presidennya, Dato' Seri Samy Vellu.
Vigneswaran dikatakan bertindak keluar parti setelah diarahkan supaya melepaskan jawatan oleh Samy, dengan alasan sudah melebihi umur 40 tahun.

Beliau yang kecewa dengan tindakan Samy itu mempertikaikan bahawa arahan yang dikeluarkan Samy itu tidak menepati perlembagaan parti, tetapi lebih kepada kehendak Samy sendiri.

Berikutan pengunduran Vigneswaran itu, beberapa Pemuda MIC turut mengambil langkah sama seperti Vigneswaran, iaitu Ketua Pemuda MIC Kedah, R Nantha Kumar; Setiausahanya, T M Ganesan; Bendahari, M Selvan dan Ketua Penerangan, S Somasunther.

"Saya percaya bahawa ramai lagi pemimpin dan ahli MIC sudah mula berkira-kira untuk meninggalkan parti yang mewakili kaum India ini kerana mereka sudah bosan dengan pergolakan dalaman, di samping menolak kepimpinan Samy," kata beliau dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau menambah, dengan perkembangan ini beliau yakin bahawa semakin ramai ahli MIC, khusus di kalangan pemudanya akan mengambil keputusan untuk menamatkan keahlian mereka di dalam parti terbabit.

Justeru, Khairul menggesa Vigneswaran serta para penyokongnya umtuk menyertai Kelab Penyokong PAS bagi sama-sama menegakkan keadilan semua kaum di negara ini. - mns _


MIC: Vincent letak jawatan - UTusan Online

PULAU PINANG 1 Julai - Timbalan Ketua Pemuda MIC Pulau Pinang, Vincent David hari ini meletakkan jawatannya berikutan tidak puas hati terhadap arahan pucuk pimpinan parti supaya Ketua Pemudanya, S.A. Vigneswaran berundur.

Beliau juga mengumumkan meletak jawatan sebagai Exco Pemuda MIC Kebangsaan.

''Tindakan saya meletakkan jawatan adalah kerana tidak puas hati dengan pucuk pimpinan untuk keluarkan Vigneswaran daripada jawatannya sebelum tamat tempoh penggal jawatan itu.

''Beliau dipilih oleh semua ahli MIC. Jadi adalah tidak adil baginya 'dihukum' sebegitu rupa tanpa budi bicara,'' katanya kepada pemberita di pejabat MIC Bahagian Bayan Baru, di sini hari ini.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda MIC, S. A. Vigneswaran bersedia mengkaji semula langkah berkenaan jika Presiden, Datuk Seri S. Samy Vellu berundur.

Vigneswaran berkata, bukan beliau seorang sahaja yang akan kembali menyertai MIC, malah ia akan melibatkan ramai bekas ahli parti itu.

''Jika Samy Vellu tidak lagi bersama MIC terdapat kemungkinan besar (kembali menyertai parti), bukan saya sahaja. Banyak lagi orang akan masuk," jelasnya.

''Pada masa sekarang (di bawah pimpinan Samy Vellu) tiada langsung hasrat, tetapi saya berharap masa depan yang cerah akan tetap bersama MIC," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

1 Pandangan

  1. kalamtumpul // July 2, 2008 at 11:08 PM  

    tahniah seruan pemuda pas pd ketua pmd mic...geram na balik demo 6 july.....