Kerajaan Penjajah - Tulisan oleh Edyesdotcom

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/01/2008 12:06:00 PM | 0 Pandangan »

"Inilah niat mereka. Anda tahu, kami akan mengumumkan satu pilihanraya kecil dalam satu pilihanraya kecil," katanya sebuah agensi berita AFP.
.
"Saya akan bertanding dalam pilihanraya kecil itu, polis juga sudah mengetahui (perancangan) itu."ANWAR IBRAHIM
.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat seperjuangan.
.
Kerajaan Penjajah. Tajuk entri kali ini agak menggerunkan, semoga Allah memberi perlindungan kepada saya. Kerana rakyat telah dicabar maka saya tampil dengan buah fikiran yang agak lama terpendam meluap-luap.
.
Saya akan ulas berkenaan Dato Seri Anwar Ibrahim di akhir entri ini.Saya masih ingat sewaktu saya kecil dulu, saya sering dibawa ke Port Dickson oleh arwah bapa untuk bersantai.
.
Kami pergi sekeluarga dan kerap juga wan saya dibawa bersama. ‘Wan’ adalah panggilan bagi nenek di negeri kelahiran saya iaitu Negeri Sembilan.Sepanjang perjalanan dari batu 4 P.Dickson ke Teluk Kemang, saya begitu teruja dengan rumah-rumah bungalow yang begitu besar.
.
Seraya itu saya pernah berjanji kepada wan untuk menghadiahkan bungalow P.Dickson betul2 di tepi pantai. Janji seorang cucu yang juga janji seorang kanak-kanak riang yang belum kenal erti kehidupan sebenar.
.
Sedarkah saudara sekalian, jika saya belajar sehingga ke universiti sekalipun, jika saya bergaji 3 ribu sekali pun, belum tentu wan saya dapat merasai bungalow yang telah saya janjikan.
.
Kalau saya tahu erti kehidupan di negara ini, sudah tentu saya tidak akan berjanji kepada wan untuk membeli rumah bungalow itu. cukup cerita kisah silam. Wan saya pun dah arwah berbelas tahun yang lalu.
.
Bacaan Lanjut, sila klik,

0 Pandangan