Nasihat Saya Kepada Cik Janna

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/02/2008 08:20:00 AM | 1 Pandangan »

Nasihat saya kepada Cik Janna yang telah saya 'posting' di dalam blognya, http://jannamohdzaki.blogspot.com/ sebentar tadi. Apa yang saya harapkan agar tunangan Saiful dapat membantu kita semua untuk meleraikan persoalan dan permasalahan ini.

-----------------------------------------------------------------

Assalamualaikum Cik Janna,

Saya gembira dpt brtemu blog ini, sy mmg tertanya2 apa perasaan CIk Janna (sblm ni sy tak tahu nama tunangan Saiful) bila berita saiful disiarkan didalam internet etc.

Dalam posting saya dlm blog minda.kembara.blogspot.com, saya telah menulis ;
.
"Saiful, Saiful...saya sememangnya simpati dengan anda kerana masa depan anda pasti akan terus 'ternoda' dengan peristiwa ini. Beranilah untuk menyatakan hak anda sebagai seorang Islam. Dedahkan perkara yang sebenarnya telah berlaku. Fikirlah masak-masak dengan tindakan anda ini. Anda masih ada peluang untuk memperbaiki segala kesilapan yang telah anda lakukan."

Saya pasti, masa depan saiful akan dipalit dgn dakwat hitam sekiranya prkara ini tidak diselesaikan segera.
.
Apa yg sy bimbang, saiful dipergunakan oleh pihak2 trtentu utk kepentingan tertentu. Saya tidak mahu tuduh siapa pihak trtentu tersebut tp sudah tentu ia ada niat utk memburukan keadaan.

Setakat ini, saya masih yakin bahawa tidak berlakunya kes liwat trsebut, lbh2 lagi melibatkan DSAI.

Skrg ini, mangsanya adalah Saiful, tuangan cik Janna. Seluruh dunia sudah pastinya akan memberikan tumpuan kepada isu ini. Ini bukan kali pertama DSAI dilibatkan dengan pertuduhan ini.

Cik Janna sudah tentu masih lagi menghubungi Saiful yang kini umumnya tidak tahu dimana lokasinya. Harap sangat-sangat cik Janna dapat ajak Saiful supaya sama-sama menjelaskan perkara yang sebenar berlaku.

Jangan lupa cik Janna, kita adalah orang Islam. Sudah pasti mahkamah tertinggi bagi umat Islam adalah diakhirat kelak. Perkara ini bukannya main-main kerana kelak, setiap apa yang kita lakukan akan dinilai dan ditentukan masa depan kita diakhirat yang tiada penghujungnya, tiada penghujungnya dan tiada penghujungnya...

Semoga kes ini tidak akan menyebabkan hubungan cik Janna akan renggang dan akhirnya akan terlerai dengan begitu sahaja.

Saya kira, cik Janna yang sudah tentu masih sayang pada Saiful yang bakal menjadi suami cik Janna pada masa akan datang mampu membantu untuk merubah segalanya.

Semoga Allah akan memberikan hidayah, petunjuk dan kekuatan kepada Cik Janna.angan bimbang, jika kita berada di pihak yang benar, Allah akan membantu kita dan seterusnya meneguhkkan pendirian kita.

Wassalam

Khairul Faizi

1 Pandangan

  1. band0tue // July 3, 2008 at 11:03 AM  

    Semoga kita dapat panduan dan tauladan untuk menentukan pendirian dan sikap terhadap isu semasa ini.

    http://nawawidahalan.blogspot.com/2008/07/tuduh-menuduh.html