Kes DSAI Disiasat

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 7/02/2008 08:54:00 AM | 0 Pandangan »



Polis siasat laporan dakwaan Anwar meliwat - Berita Harian
Oleh Jalal Ali Abdul Rahim


KENA SIASAT: Anwar keluar dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Shah Alam selepas membuat laporan polis, semalam.

KUALA LUMPUR: Polis semalam mengesahkan siasatan terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, dibuat atas dakwaan meliwat mengikut Kanun Keseksaan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata siasatan terperinci sedang dijalankan mengikut kanun itu sebelum menentukan tindakan seterusnya.

"Ya, kita siasat atas kes liwat seperti apa yang didakwa dalam laporan (oleh pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan)," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara tepat sama ada siasatan itu dibuat mengikut Seksyen 377A atau 377C kanun berkenaan. Seksyen 377A merujuk perbuatan melakukan persetubuhan luar tabii yang jika sabit kesalahannya boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Seksyen 377C pula merujuk perbuatan melakukan persetubuhan luar tabii ke atas orang lain tanpa kerelaan orang berkenaan atau meletakkan orang lain dalam ketakutan berhubung kematian orang terbabit atau orang lain. Kesalahan itu boleh dipenjara antara lima hingga 20 tahun dan sebatan.

Mohd Saiful, 23, dalam laporan dibuat di Pondok Polis Hospital Kuala Lumpur (HKL) Sabtu lalu, mendakwa Anwar meliwatnya di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih di sini, Khamis lalu.

Berikutan itu, Mohd Saiful dimasukkan ke hospital itu tengah malam Sabtu lalu dan menjalani pemeriksaan sehingga tengah hari keesokannya. Ismail yang ditanya mengenai hasil laporan pemeriksaan HKL yang dikatakan sudah diserahkan kepada polis, berkata: "Kita siasat, kita perlukan masa lagi untuk berbuat demikian."

Sementara itu, sumber memberitahu, beberapa siri pemeriksaan yang dilakukan pihak HKL mengesahkan Mohd Saiful diliwat.

Difahamkan, Mohd Saiful mengadu mengalami masalah membuang air besar sewaktu dibawa ke bahagian rawatan luar HKL dan apabila disoal doktor dia mengaku diliwat. Kelmarin, Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disertai anggota Unit Komputer, turut membuat pemeriksaan di kondominium berkenaan untuk mengumpul bahan bukti berkaitan dakwaan itu.

Unit itu serta Siasatan Tempat Kejadian (CSI) dilihat memasuki kondominium berkenaan pada jam 12.15 tengah hari sebelum keluar jam 5.15 petang. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah bahan bukti yang diambil dari kondominium itu.

0 Pandangan