Himpunan Aman Pemuda Pakatan Rakyat membantah kenaikan harga minyak baru-baru ini berjaya membuka mata rakyat terutamanya di lembah Klang. Tanpa kos yang tinggi, himpunan dan perarakan ini berjaya diadakan tanpa apa-apa tangkapan dan gangguan.
Saya agak terkejut bila mendapat maklumat bahawa himpunan PROTES telah diubah lokasinya ke Stadium Kelana Jaya. Pada peringkat awalnya, ramai yang beranggapan bahawa himpunan ini akan diadakan di Kuala Lumpur seperti yang pernah dianjurkan oleh BERSIH pada bulan November tahun lalu.
Namun, di atas sebab-sebab tertentu, lokasinya telah ditukar ke Padang Timur, Petaling Jaya kerana kawasan ini berada di negeri Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Setelah tarikh ditukar daripada 12 Julai ke 5 Julai dan akhirnya ke tarikh 6 Julai 2008, perubahan tempat pada kali ini terpaksa dibuat kerana katanya ia adalah keputusan pimpinan Pakatan Rakyat.
Saya rasa, himpunan ini bertujuan untuk menunjukkan kepada pemerintah bahawa himpunan rakyat seramai sejuta orang ini sebagai tanda tidak setuju rakyat terhadap keputusan yang telah dibuat oleh pemerintah menaikkan harga minyak baru-baru ini.
Dulu, ketika himpunan BERSIH diadakan, bukan hanya Polis sahaja yang melarang himpunan ini diadakan tetapi perhimpunan UMNO yang berlangsung di PWTC juga mengecam himpunan ini sehingga Khairy memanggil mereka yang akan menyertai demonstrasi ini sebagai "Beruk-beruk Di Jalanraya".
Namun, ia tetap diadakan di atas keyakinan dan strategi yang diatur cukup rapi dan terancang. Akhirnya, kita berjaya menyaksikan satu himpunan bersejarah di dalam politik negara kita. Seluruh dunia telah melihat bagaimana rosaknya demokrasi dan SPR yang mengendalikan pilihanraya di Malaysia.
Esok, sekali lagi himpunan besar-besaran akan diadakan untuk menyatakan sikap rakyat terhadap kesilapan kerajaan BN yang menaikkan harga minyak. Rakyat diseluruh negara diseru untuk hadir menyertai himpunan ini. Rata-rata yang saya temui mengimpikan satu suasana himpunan yang sama dirasai ketika himpunan BERSIH yang lalu.
Himpunan esok akan diadakan seawal pukul 9 pagi. Rakyat akan berhimpun di Kelana Jaya, Selangor. Namun, apakah dengan mengadakan himpunan seperti ini di stadium akan dapat memberikan satu mesej yang jelas kepada pemerintah? Adakah himpunan ini akan berjaya membuka mata rakyat untuk melihat satu himpunan yang besar dihadiri oleh seribu ummat dariapada seluruh negara?
Semalam himpunan aman rakyat Johor yang diadakan di hadapan Kotaraya dan berarak ke Bukit Timbalan untuk menyerahkan memorandum kepada MB Johor telah berjaya diadakan tanpa apa-apa gangguan daripada pihak keselamatan. Ramai polis telah ditugaskan semalam tetapi himpunan ini telah berjaya diadakan. Terbayang kepuasan pada wajah pimpinan yang hadir semalam, begitu juga dengan para penyokong PR serta orang ramai yang turut hadir semalam. Himpunan selama dua jam semalam setidak-tidaknya telah disedari oleh rakyat yang berada di Johor Bahru semalam. Tanda sokongan daripada mereka jelas dapat dilihat.
Apapun, doa saya, semoga Allah meredhai himpunan aman esok walaupun ia tidak akan sama seperti himpunan BERSIH dan Himpunan Aman yang diadakan di Johor semalam dan semoga Allah dijauhkan daripada sebarang gangguan dan aktiviti yang tidak mendatangkan faedah.
Wassalam
------------------------------------------
Perhimpunan berpindah ke Stadium Kelana Jaya - Malaysiakini
Jimadie Shah Othman Jul 4, 08 11:24am
Jimadie Shah Othman Jul 4, 08 11:24am
Perhimpunan aman Protes Sejuta Rakyat Ahad ini yang dijadual diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya telah ditukar ke Stadium Kelana Jaya.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Angkatan Muka PKR (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Menurut Shamsul, perubahan tempat ini diputuskan dalam mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat semalam.
Difahamkan mesyuarat tersebut diadakan di rumah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut.
Stadium Kelana Jaya boleh memuatkan 50,000 tempat duduk. Manakala padangnya pula boleh memuatkan jumlah hadirin yang sama.
Penyelaras Protes Dr. Hatta Ramli ketika dihubungi mengesahkan pertukaran tempat itu tetapi belum mahu menjelaskan butiran lanjut perkara itu.
Semalam, Ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan tersebut.
Katanya, beliau telah menasihatkan menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan.
.
Menurutnya lagi, jika masih ingin meneruskannya, ia boleh dipindahkan ke lokasi lebih sesuai seperti Stadium Shah Alam atau Stadium Malawati, juga di Shah Alam.
apa dah jadi ni sampai terlondeh2 atas pentas...apapun tahniah pemuda krn tunjukkan bntahan sejak awal dan buktikan dgn boikot pd jam 230..