Terus Perangi Gejala Maksiat!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 6/21/2008 01:01:00 AM | 0 Pandangan »

Wanita Filipina ramai terbabit gejala maksiat di Johor - Berita Harian Online
.
JOHOR BAHRU: Wanita Filipina dilaporkan sebagai yang paling ramai terbabit dengan gejala maksiat dalam operasi membanters maksiat di Johor dari Januari hingga kini.
.
Seramai 167 wanita negara itu ditahan dalam 1,124 serbuan di pusat hiburan sepanjang tempoh itu, diikuti wanita Indonesia (102), Thai (101), China (62), Myanmar (17), Vietnam (13) dan masing-masing seorang dari Sri Lanka dan Laos.
.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif, berkata dalam tempoh berkenaan, 174 pusat hiburan turut diserbu kerana beroperasi tanpa lesen.
.
"Dalam “Ops Noda” semalam saja, polis menggeledah 51 tempat penginapan dan hotel murah dan menahan sembilan wanita serta lima lelaki yang terbabit dalam kegiatan maksiat.
.
“Tiga daripada wanita itu ialah warga China, dua Thailand, dua wanita tempatan, seorang Indonesia sementara lima lelakinya adalah rakyat tempatan,” katanya.
.
Berhubung kes dadah, beliau berkata sepasang suami isteri ditahan di sebuah rumah di Taman Mount Austin di sini semalam kerana terbabit dalam pengedaran dadah di sekitar bandar raya ini.
.
Pelbagai jenis dadah bernilai RM41,000 turut dirampas. - Bernama

0 Pandangan