Sebelum berceramah di Taman Teratai, Skudai malam tadi, saya telah mendengar laporan berita TV3 ketika sedang menikmati juadah makan malam yang mana Datuk Seri Najib mengumumkan bahawa mana-mana atlit yang memenangi pingat emas di dalam Sukan Olimpik di Beijing pada Ogos ini akan menerima insentif sebanyak RM 1,000,000.00 daripada kerajaan.
Berita ini telah disiarkan di Malaysiakini.com untuk saya membuat rujukan dalam tulisan saya ini. Sebelum ini, dalam temasya yang sama empat tahun yang lalu, kerajaan menawarkan insentif sebanyak RM 160,000.00 kepada pemenang pingat emas.
Najib memberitahu bahawa Singapura memberikan insentif sebanyak $1 juta kepada pemenang pingat emas mereka di sukan olimpik. Maka, Malaysia pun menaikkan ganjaran kepada atlitnya untuk menyamai seperti mana ganjaran yang akan dinikmati oleh atlit Singapura.
Saya bukan tidak bersetuju dengan ganjaran yang lumayan kepada atlit Malaysia tetapi saya terkejut kerana pengumuman ini dibuat selepas kerajaan menasihatkan agar rakyat berjimat dan menukar cara hidup. Tiba-tiba insentif kepada atlit Olimpik dinaikan dengan kadar yang begitu tinggi.
Apakah Najib Razak sedar ataupun tidak dengan kenyataannya ini? Sepatutnya langkah berjimat perlu dipertingkatkan dalam memberikan ganjaran ini bukannya dengan meningkatkan dengan kadar yang berkali ganda.
Sekali pandang, benarlah bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak dapat menghayati keperitan rakyat di bawah. Tidak terasa bersalah dalam menaikkan harga minyak dan tidak ada rasa bersalah dengan menawarkan insentif lumayan kepada atlit walaupun kerajaan tahu bahawa langkah berjimat cermat perlu dipertingkatkan.
Kesian rakyat Malaysia....
Khairul Faizi Ahmad Kamil
25 Jun 2008, 2.59 pagi
-------------------------------------------------------------RM1 juta untuk pingat emas di Olimpik - Malaysiakini
Jun 24, 08 7:24pm
Jun 24, 08 7:24pm
Atlit negara yang memenangi pingat emas di Sukan Olimpik di Beijing Ogos ini dan di temasya serupa di masa akan datang, akan menerima insentif RM1 juta berbanding hanya RM160,000 sebelum ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun hadiah itu dianggap besar, tetapi ianya wajar memandangkan standard Sukan Olimpik semakin meningkat.
"Untuk memenangi pingat emas ini juga bukanlah satu perkara yang mudah kerana pertandingan di Olimpik semakin sukar. Daripada satu Olimpik kepada Olimpik yang satu lagi, kita lihat standard semakin meningkat.
"Oleh itu kita haruslah meletakkan sasaran yang lebih besar, lebih menarik lagi," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan di ibunegara.
Menurut laporan Bernama, Najib berkata negara-negara jiran juga seperti Singapura menawarkan insentif S$1 juta untuk atlit mereka yang meraih emas di temasya Olimpik.
Beliau berkata ganjaran RM1 juta adalah wajar dan berpatutan memandangkan temasya Sukan Olimpik itu "begitu gah" dan diadakan empat tahun sekali.
Najib berkata mesyuarat juga bersetuju untuk memberikan RM300,000 kepada pemenang pingat perak, dan RM100,000 untuk gangsa.Bagi pasukan yang memenangi emas pula, kadar minimum yang ditentukan ialah RM150,000 untuk setiap pemain.
Pencen dinaikkan
Selain itu pencen bulanan yang diterima oleh pemenang pingat di Sukan Olimpik juga dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 bagi pemenang pingat emas, RM3,000 bagi pingat perak (sebelum ini RM1,500) dan RM2,000 bagi gangsa (sebelum ini RM1,000).Ia berkuatkuasa mulai bulan depan.
Buat masa ini hanya lima atlit negara yang pernah memenangi pingat di Sukan Olimpik iaitu pasangan beregu lelaki badminton negara Razif dan Jailani Sidek (pingat gangsa di Sukan Olimpik Barcelona pada 1992), pasangan regu lelaki Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock (perak di Sukan Olimpik Atlanta pada 1996) dan pemain perseorangan Rashid Sidek (gangsa juga di Olimpik Atlanta).
Najib berkata jawatankuasa itu juga bersetuju untuk memberikan insentif wang tunai kepada atlit paralimpik negara iaitu RM300,000 (emas), RM200,000 (perak) dan RM100,000 (gangsa). Katanya jawatankuasa itu mahu supaya skuad elit negara diberi penekanan dengan latihan yang dapat melahirkan kekuatan mental pada setiap peringkat latihan mereka.
"Kita dapati ini salah satu faktor yang membezakan antara pasukan dan individu yang menang dan yang berjaya. Kita melihat memang atlit kita dalam beberapa jenis seukan sudah mencecah tahap dunia tetapi perbezaan antara kemenangan dan sebaliknya adalah kekuatan mental.
"Kekuatan mental kita ini tidak seperti mana yang boleh menjamin kejayaan dalam keadaan kita menghadapi saingan yang begitu sengit sekali," katanya.
Mengenai penubuhan pusat latihan sukan berprestasi tinggi yang sebelum ini dicadangkan di London tetapi terpaksa dibatal, Najib berkata penubuhan pusat dengan konsep serupa tetap dilaksana.
"Tidak semestinya di United Kingdom tetapi akan dibuat di mana-mana negara. Kita ada fleksibiliti dan kita akan cari tempat itu yang disokong dengan kepakaran sains sukan untuk menentukan atlit kita bukan saja dapat mengambil bahagian pada peringkat yang tertinggi tetapi juga dapat faedah daripada penggunaan sains sukan," katanya.
layari
http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
untuk mengenali Siapa Anwar Ibrahim?
kesian,
belum tua macam chedet sudah nyanyuk.. tapi kalau rakyat masih summun bukmun 'umyun, tak tahu nak kata apa...
biarkan saja rakyat mati kebuluran..
biarkan saja si miskin mati kelaparan..
biarkan saja kezaliman berpanjangan..
biarkan saja kejahatan berkembangan..
asalkan pak lah najib dan pencacai-pencacainya bahagia..
semoga Allah mendengar doa kita. kezaliman akan dihancurkan. kejahatan akan ditumbangkan.
penipuan akan dizahirkan.
keadilan akan ditemukan.
salam..
bila tolak tuhan.. inilah hasil keputusan yang diambil..
Keputusan budak tak cukup akai.
Terima kasih maryam, majidee boyz & wan norhaslina di atas pandangan anda semua!
inilah keputusan bijak dari seorang pemimpin yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat ALLAH...
ini kita panggil motivasi. 1juta sangat berbaloi.
berapa harga untuk naikkan semangat satu malaysia yang malaysia mampu berada ditakhta dunia? tiada.
berapa harga untuk buka mata dunia yang malaysia bukan sekadar negara? tiada
berapa harga untuk katakan pada rakyat kita bukan lembik? tiada
berapa harga untuk buat rakyat sama-sama gembira untuk satu emas? tiada
oh, atlit euthiopia, Bekelele mampu satukan rakyat di negaranya yang berpecah belah hanya dengan satu emas.
olimpik telah memacu kemajuan kamera, televisyen, dan siaran langsung di jepun dan satu dunia.
emas, membutakan rakyat jepun dengan "no satu di dunia adalah segalanya."
malaysia.. bila lagi?
melabur 1juta takut?
haha