Pesanan Untuk Saiful Bukhari!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 6/29/2008 07:17:00 PM | 1 Pandangan »


Azizah dedah gambar Saiful Bukhari dengan orang kanan Najib - Harakahdaily.

SHAH ALAM, 29 Jun (Hrkh) - Terkini!!!!!Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang media sebentar tadi mendedahkan gambar pengadu kes Anwar, Saiful Bukhari Azlan dengan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.

Begitulah berita terkini daripada Harakahdaily. Saya juga dapat melihat berita yang sama dipelbagai sumber blog politik yang ada. Cuma saya masih tidak berpuashati daripada manakah gambar ini diperolehi?



Saya cuba 'search' daripada mana sumber gambar Saiful Bukhari dengan Khairil Anas Yusof ini didapati. Setakat ini, saya menjumpai gambar tersebut di dalam blog Riwayat Hayat yang mengulas tentang siapa yang berada di dalam gambar tersebut.

Di antara catatan yang mungkin boleh menimbulkan keraguan (rasa canggung) daripada penulis bagaimana beliau terkejut Saiful Bukhari boleh berada di dalam program ceramah DSAI.

Najwan halimi, tuan empunya blog berkata ;

"Saya ucap tahniah buat Saiful. Cuma saya sedikit canggung kerana semalam saya terserempak dengan beliau bukan di majlis yang meraikan Najib Razak. Kami bertembung setelah selesai majlis ceramah Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri. Barangkali Saiful sedang mempersiapkan dirinya untuk menjadi pegawai khas kepada bakal Duta Besar Malaysia ke Mongolia!"

Entry ini telah di'post' ke dalam blog pada 27 Februari 2008, di saat awal pembabitan Saiful Bukhari bersama dengan PKR.


Kedua, saya masih belum menjumpai gambar Saiful Bukhari dengan tunangannya itu. Secara tidak langsung, Saiful Bukhari berjaya 'mempromosikan' tunangnya di mata dunia!. Apa agaknya perasaan tunangnya apabila mendapat tahu bahawa Saiful Bukhari telah 'diliwat' oleh orang lain.

Saiful, Saiful...saya sememangnya simpati dengan anda kerana masa depan anda pasti akan terus 'ternoda' dengan peristiwa ini. Beranilah untuk menyatakan hak anda sebagai seorang Islam. Dedahkan perkara yang sebenarnya telah berlaku. Fikirlah masak-masak dengan tindakan anda ini. Anda masih ada peluang untuk memperbaiki segala kesilapan yang telah anda lakukan.

Semoga Allah membuka pintu hati anda untuk membetulkan kesilapan.

INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG!!!

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
29 Jun 2008, 7.35 malam

1 Pandangan

  1. Hasbullah Pit // June 30, 2008 at 12:19 AM  

    Teringat kisah lama, Azizan yang mengaku diliwat Anwar dulu berkahwin dan bercerah.

    Kemudian saya buat lawak kononnya, bekas Isterinya "Masih dara".

    hehe.

    KF, jangan marah, saya buat lawak politik murahan.