Konsert Atau Demo ? - Pandangan Ust Nasruddin Tantawi Tentang Aktiviti PROTES

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 6/30/2008 02:08:00 PM | 2 Pandangan »

Para pengunjung blog minda-kembara.blogspot.com

Setibanya saya di pejabat Pemuda PAS Pusat pagi tadi, saya bersama Ust Nasuddin dan beberapa sahabat telah berbincang tentang aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program PROTES yang akan berlangsung pada 6 Julai ini.

Agak terkejut juga apabila program yang dikhabarkan satu himpunan rakyat untuk memprotes kenaikan harga minyak ini telah diisi dengan pelbagai bentuk aktiviti termasuk konsert hiburan yang akan menampilkan beberapa kumpulan muzik (rujuk poster yang dilampirkan).



Saya percaya bahawa penyokong Pakatan Rakyat yang pernah terlibat dalam himpunan secara besar-besaran sebelum ini sudah tentu membayangkan bahawa himpunan ini akan menjadi seperti himpunan BERSIH yang pernah diadakan pada bulan November tahun lalu.

Saya difahamkan sejak poster ini disiarkan di dalam media internet, sudah mula ada rungutan daripada pelbagai pihak khususnya di kalangan penyokong PAS yang mula ragu dengan perkembangan program ini.

Adakah program ini program bantahan kenaikan harga minyak ataupun ianya adalah program hiburan?

Alhamdulillah, Timbalan Ketua DPPP telah mengeluarkan satu pandangan terhadap perkara ini sebentar tadi. Dalam perkara dan isu ini, walaupun saya bukannnya menentang program hiburan tetapi saya menyokong pandangan beliau. Biarlah program hiburan yang kita anjurkan bersifat untuk mendekatkan diri kita kepada Ilahi.

Mari kita hayati tulisan tersebut.

Wallahu'alam


Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat
30 Jun 2008, 2.29 petang
-----------------------------------------------------------
Tergamam saya melihat poster PROTES yang bakal berlangsung pada 6. 7 . 08’ akan datang . Sangkaan saya , PROTES pada 6. 7 . 08 benar – benar akan mobilisasi kemarahan rakyat untuk mengutuk tindakan zalim kerajaan UMNO dan BN setelah derita dan sengsara dengan kenaikan harga minyak . Tetapi setelah saya melihat poster PROTES di atas , saya ternyata keliru adakah ini DEMONSTRASI atau KONSERT hiburan ?

Saya tidak melihat program dan aktiviti seperti ini wajar dimasukkan sebagai agenda PROTES yang akan berlangsung pada 6. 7 .08 kelak .
Kelak Rakyat bagai dipermain dan dipersenda . Mereka hadhir kerana mahu membantah kenaikan harga minyak dan mahu mendesak agar kerajaan UMNO dan BN memahami derita rakyat lalu menurunkan harga minyak . Mereka bukan datang untuk berhibur !

Rata – rata rakyat di seluruh negara menanti – menanti saat 6 . 7 . 08 untuk turun berdemonstrasi , membawa perasaan yang kesal dan marah terhadap kerajaan UMNO dan BN yang menzalimi rakyat . Itulah demonstrasi ! Tunjuk Perasaan !
Mereka bukan datang untuk berhibur dan melayan perasaan . Sungguh saya tidak bersetuju dengan agenda PROTES yang dilangsungkan pada 6. 7 .08 di Petaling Jaya nanti .

Saya juga tidak percaya ahli – ahli PAS khasnya pemuda – pemuda Islam yang komited dengan akhlak Islami dan syakhsiyyah muttaqin “teringin” untuk turun dan hadhir ke konsert seperti ini .

Benar kita konsisten dalam menentang tindakan kerajaan menaikkan harga minyak ke tahap yang membebankan rakyat , tetapi kita tidak boleh bersetuju cara dan pendekatan seperti ini . Kelihatan PROTES seperti tidak serius dan hanya bermain – main kesengsaraan dan derita rakyat .

DEMO bukan pesta dan hiburan , tetapi DEMO adalah himpunan untuk rakyat bersatu menyatakan sikap , perasaan dan bantahan mereka terhadap pihak kerajaan yang telah merampas hak mereka .
Saya mendesak agar PROTES menggugurkan semua aktiviti yang tidak bermanafaat dan mengarut ini. Ianya sangat tidak sesuai dengan semangat DEMO untuk berhimpun bagi mengutuk tindakan kerajaan BN dan saya juga melihat ia bercanggah dengan semangat PROTES itu sendiri yang membawa maksud membantah .
Mengutuk dan membantah adalah suatu tindakan yang memerlukan kesungguhan , keikhlasan , keseriusan bukan hiburan dan keseronokan . Dan apa yang paling penting , biarpun sehebat mana dan setinggi mana kemarahan kita , sebagai seorang muslim kita tidak boleh menggunakan kaedah matlamat menghalalkan cara .

Gambar - gambar yang saya paparkan ini adalah sebahagian aksi kumpulan artis yang akan di undang dalam Konsert Protes nanti . : Republik of Brickfield ( ROB ) , Caburator Dung )
Di sana ada cara yang benar dan dibolehkan malah di sana juga ada cara yang tidak dibenarkan oleh syarak sekalipun ia boleh mencapai matlamat .
Kenapa PROTES tidak mobilisasi DEMO ini sebagaimana BERSIH tempohari ? mungkin PROTES boleh membuat lebih baik dari BERSIH dengan mengubah strategi yang lain , tetapi bukan menukarnya menjadi KONSERT PROTES .
Kita bukanlah tidak bersetuju dengan hiburan . Masih ada hiburan yang dibenarkan oleh syara’ , tetapi saya berpandangan bahawa DEMO membantah kenaikan harga minyak dengan membawa sejuta perasaan yang mual dan jelek terhadap tindakan kerajaan BN ini adalah suatu yang sangat tidak sesuai dan wajar . Tambahan pula kumpulan artis yang diundang sangat tidak sesuai untuk tontonan seorang muslim yang soleh dan muttaqin .
Sebelum ini Dewan Pemuda PAS telah membantah corak hiburan dalam satu konsert yang bakal dilangsungkan sempena sambutan 100 hari kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor . Walaupun itu bukan tindakan yang popular tetapi demi memelihara kemurnian akhlak dan kesucian agama , Pemuda PAS bangkit membantah sebagai satu daripada usaha amar makruf dan nahi mungkar .
Biarpun dikecam oleh pelbagai pihak , demikianlah sunnah perjuangan dalam menentang perkara mungkar di hadapi dengan tabah dan tenang oleh pemuda PAS . Niatnya hanya satu , iaitu selamatkan Pakatan Rakyat ( di mana PAS adalah rakan kongsinya ) daripada diseret jauh ke tengah lembah yang penuh dengan kemurkaan Ilahi.
Saya yakin , Pemuda PAS juga tidak mahu PROTES mengulangi perkara yang sama malah Pemuda PAS turut akan mengambil sikap yang sama andainya hiburan sebegini di teruskan . Sudahlah hiburan itu tidak manis pula di adakan pada majlis yang tidak sesuai .
Pesan saya , kalau nak berjuang , berjuanglah secara serius dan bersungguh – sungguh . Jangan bermain – main dengan perjuangan . Apatah lagi PROTES membawa harapan rakyat .
1001 kali saya tidak percaya , rakyat yang rata – ratanya muslim dan sebahagiannya pula ahli PAS datang bersusah payah , jauh pula perjalanan dengan sebahagiannya memohon cuti hanya untuk berhibur dan menghadhiri perhimpunan yang tidak serius dengan penderitaan rakyat .
Walaupun non muslim , bukan ini saat untuk mereka berhibur . Non muslim juga punya perasaan dan rasa marah terhadap kerajaan yang BN yang zalim ini .

Untuk berhibur mereka boleh menghadiri majlis lain dan ditempat lain . Bukan demontrasi PROTES !
Demo atau Konsert ? ini adalah kekeliruan besar . Melihat pada aktiviti yang tertera pada poster yang tidak ditampal ini ( sebab poster yang ditampal dibuat dalam versi lain yang tidak mengandungi aktiviti detail ) , saya tidak nampak Tuan Guru Mursyidul Am selaku MB kelantan akan hadhir ! demikian juga Tuan Haji Hadi , kalau yang dimaksudkan dengan Tuan Haji Hadi itu ialah Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang , saya pasti Tuan Guru juga akan mual untuk menghadhiri aktiviti yang seperti ini .

Malah saya yakin , Tuan Hj. Mahfuz yang saya kenal rapat dengan beliau ( kerana beliau bekas boss saya dulu sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat ) juga tidak mungkin tergamak “bergedik kaki” dan “bergoyang badan” dihadapan para artis yang diundang dalam konsert PROTES itu nanti .

Saya tidak tahu , apakah semua aktiviti berada dalam pengetahuan pimpinan PAS , kerana saya tersangat yakin dengan komitmen pimpinan PAS terhadap amal Islami yang diperjuangkan selama ini akan membuatkan mereka tak senang duduk dengan aktiviti seperti ini di bawa masuk dalam PROTES. Kecuali ia beraa diluar pengetahuan pimpinan PAS terutama Mursyid am dan Presiden .
Saya harap pimpinan PAS dapat menetukan sikap yang jelas dalam perkara ini yang tentu sahaja ahli – ahli dibawah , setelah sekian lama mereka di kaderkan dengan amal Islami melalui usrah dan tamrin , kini berada dalam keadaan resah dan gelisah dengan perkembangan ini .

Sikap saya , ini bukan DEMO tetapi KONSERT hiburan ! terpulanglah kepada saudara untuk hadhir atau tidak , tetapi saya mengesyorkan agar pemuda – pemuda Islam jangan melibatkan diri dengan aktiviti yang tidak berfaedah dan tidak mendatang keinsafan apalagi tidak membawa pulangan pahala dari Allah swt.

Sebagai muslim ,biarlah apa yang kita buat itu menjadi jihad yang mengundang redha Ilahi . seperti BERSIH tempohari , walaupun banyak kelemahan dalam penganjuran , saya yakin Allah redha dan itu menjadi jihad saya dalam menentang penipuan dan penyelewengan SPR

2 Pandangan

  1. Hasbullah Pit // July 1, 2008 at 12:15 AM  

    "bersedia untuk bermalam" itu sudah macam hippies ketika bantahan perang vietnam.

  2. Hasbullah Pit // July 1, 2008 at 12:52 AM