Lebih kurang sejam tadi, saya telah mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Kluang. Walaupun terasa perit untuk mengisinya namun berbekalkan RM 20, saya mengisi tangki petrol kereta untuk ke pejabat DPPNJ di Simpang Renggam.
Sebelum ini, jika RM 20 dapatlah juga melihat meter kereta mencecah hampir separuh tetapi RM 20 pada hari ini agak berat untuk bergerak lebih jauh.
Selepas mengisi minyak, saya sempat mengambil gambar meter pam tersebut. Huh! RM 20 hanya dapat 7.398 liter!
Meter tersebut juga memaparkan satu liter petrol berharga RM 2.704. Tapi apa ada pada 0.4 sen pada pandangan Pak Lah dan kepimpinan UMNO/BN sebab naikkan 78 pun mereka tidak rasa apa-apa pun. Lagipun, kata Pak Lah kita masih lebih rendah daripada Brunei, apa nak kecoh-kecoh sangat.
Kalau jumpa dengan ahli UMNO kat cawangan-cawangan khususnya di kawasan kampung, tentu mereka akan di'tarbiyah'kan agar menjawab seperti berikut :-
i. Kalau tak mampu pakai kereta, pakai motor ajelah
ii. Kalau tak mampu pakai motor, naik basikal ajelah
iii. Dulu isi motor aku RM 5, sekarang pun RM 5 jugak, masih boleh jalan lagi.
iv. Harga minyak di Malaysia masih jauh lagi murah daripada negara-negara jiran.
Macam-macam lagi jawapan yang diberi oleh mereka ini tetapi itulah yang mereka dapat daripada pemimpin mereka. Kesian kita lihat masa pilihanraya umum yang lalu makcik-makcik tua dibawa kehulu ke hilir dengan dijanjikan habuan duit setiap hari berkempen untuk memenangkan BN. Kadang-kandang rasa geram jugak tapi apa nak buat, golongan ini sering dijadikan mangsa oleh pemimpin mereka.
Sudah tentu, selepas kenaikan terbaru ini, makcik-makcik ini akan sekali lagi dipergunakan oleh pemimpin UMNO untuk menjadi 'jurubicara rakyat' mempertahankan keputusan kerajaan yang kurang bijak' ini.
Kita perlu pastikan bahawa ahli keluarga kita, saudara-mara kita, jiran tetangga kita tidak dipergunakan lagi oleh pemimpin UMNO/BN yang sudang 'kurang bijak' ini
Nasihat baik-baik agar mereka tidak turun berkempen untuk menyokong keputusan kerajaan BN ini. Bukan apa, takut-takut mereka pula akan jadi mangsa kemarahan rakyat.
Jika ada kekuatan, nasihat agar saudara-mara dan jiran tetangga kita ini berkempen pula menyedarkan rakyat tentang kesilapan kerajaan UMNO/BN dalam membuat keputusan.
p/s : 'kurang bijak' menggantikan perkataan 'bangang', sekian dimaklumkan
Mmg itulah tahap IQ org-org UMNO.
Mmg bodoh lagi bangang...
habis nak angkut baru isi RM5.00 shj ker.
Mmg sah & confirm bangang
salam...
setakat hari ini ramai orang bermasam muka apabila hendak mengisi minyak. yang kena kutuk ialah pemimpin negara.
kita senyum beruk apabila ada langkah pemberian subsidi baru tetapi kenapa kita akan mendapatkan wang kita kembali semasa menghidupkan roadtax sahaja? kenapa tidak sekarang? kemukakan geran atau apa-apa bukti menunjukkan kita adalah pengguna kepada kenderaan ini.
pkrpasdap.blogspot.com
Tambang pengangkutan awam (termasuk bas/van sekolah) dapat diturunkan dengan cara berikut :
1. Menghapuskan kesemua cukai import, cukai eksais dan cukai jualan ke atas semua kenderaan dan komponen kenderaan yang akan dijadikan pengangkutan awam
2. Menghapuskan sistem AP ke atas import kenderaan yang akan dijadikan pengangkutan awam
3. Mengurangkan harga minyak kepada semua golongan
4. Mengadakan suatu mekanisma untuk mengurangkan harga barang dan meningkatkan kuasa beli semua golongan
5. Menghapuskan tol untuk pengangkutan awam
6. Menghapuskan kesemua cukai pendapatan atau cukai korporat kepada individu atau syarikat yang terlibat secara langsung dengan pengangkutan awam
7. Mengadakan sistem menyenggara pengangkutan awam berkos rendah dan lain-lain lagi