Kerajaan Beri Amaran Kepada Pengusaha Bas Sekolah

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 6/06/2008 06:34:00 PM | 2 Pandangan »

Wahai Datuk Noh Omar, kalau di Malaysia bas sekolah kita macam bas sekolah di New Dehli, mungkin pengusaha bas sekolah tidak akan rasa terdesak dengan kenaikan harga minyak tapi mereka pun ada anak bini yang nak kena bagi makan.
.
Saya bukan menyokong tuntutan pengusaha bas sekolah ini tetapi kerajaan memang tidak fikirkan masalah rakyat apabila mengambil sesuatu keputusan.
---------------------------------------------------------
Amaran kepada bas sekolah jangan naikkan tambang - mSTAR Online
06-06-2008 05:30:59 PM
Oleh SA'ODAH ELIAS

SHAH ALAM: Pengusaha-pengusaha bas sekolah yang menaikkan tambang sesuka hati berikutan kenaikan harga minyak bermula semalam akan diambil tindakan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Menteri Kemajuan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, tindakan termasuk penggantungan atau pembatalan permit mereka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis retreat ahli Majlis Tertinggi Umno di sini, hari ini.

Noh berkata, LPKP telah pun diarahkan agar meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap bas sekolah dan lain-lain kenderaan awam bagi memastikan tiak ada yang cuba menangguk di air keruh.

"Sebarang kenaikan bagi bas sekolah dan kenderaan awam perlu mendapatkan kelulusan LPKP. Setakat ini, lembaga belum meluluskan sebarang kenaikan tambang baru untuk mereka," tambahnya.

Katanya, satu mesyuarat khusus bagi membincangkan perkara ini diadakan pagi tadi melibatkan pegawai-pegawai LPKP, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan wakil-wakil pengangkutan awam bagi mencari penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi.

Noh berkata, kerajaan faham masalah yang dihadapi sektor itu dan sedang mencari jalan mengatasinya, termasuk menyediakan subsidi minyak tanpa had dan tidak mengikut peratusan tertentu.

Kementeriannya, kata Noh telah pun membuat kertas cadangan kepada Kementerian Kewangan agar memberikan peruntukan tambahan bagi membolehkannya menyediakan subsidi 100 peratus untuk semua jenis pengangkutan awam, termasuk menyediakan kad flit untuk kenderaan yang menggunakan petrol.

Ketika ini, sistem flit kad hanya dinikmati oleh kenderaan yang menggunakan disel dan tidak petrol.

"Sehubungan itu, saya merayu kepada pengusaha pengangkutan awam agar mematuhi peraturan sementara kementerian bersuaha menyelesaikan masalah mereka.

"Sehingga itu, saya berharap mereka dapat bertahan untuk sementara waktu demi kepentingan semua pihak," tambah beliau.

Beliau juga meminta orang ramai membantu pihak penguat kuasa dengan melaporkan mana-mana pengusaha yang menaikkan tambang tanpa kebenaran dengan menelefon nombor bebas tol 1800889600 atau melalui SMS kepada 39900.

2 Pandangan

  1. Hasbullah Pit // June 7, 2008 at 1:17 AM  

    Harga disel yang bas sekolah beli tetap RM 1.43 sama sebelum harga runcit disel dinaikkan drpd 1.581 ke 2.581.

  2. abe MIE 'TERJAH' // June 7, 2008 at 12:09 PM  

    mana noh omar...nak tarik lesen ke? kesian budak sekolah...kalau gitu kerajaan bagi tander bas sekolah dan orang persendirian tidak boleh samakan bas dengan teksi.. pula senang kawal...