Saya tidak tahu untuk berkata bagaimana, cara mana untuk melahirkan rasa kecewa dengan kezaliman Pak Lah yang masih lagi meneruskan tradisi menzalimi rakyat.
.
Dua tahun yang lalu, saya ada menulis tentang lanjutan tahanan terhadap suami kak Laila (http://dppnjohor.blogspot.com/2006/06/catatan-seorang-isteri-tahanan-isa_17.html) yang dilanjutkan tahanannya di dalam ISA selama dua tahun lagi.
.
Terasa cepatnya masa berlalu sehinggakan saya tidak sedar bahawa hari ini rupanya tempoh tambahan tahanan selama dua tahun Ust Mat Sah Satray telah pun berakhir.
.
Namun, saya tidak menyangka bahawa kerajaan BN yang zalim ini akan meneruskan lagi tempoh tahanan kepada suami Kak Laila.
.
Saya masih belum lagi menghubungi kak Laila tetapi saya dapat merasai kesedihannya ketika ini. Tidak jauh bezanya dengan apa yang dirasai pada dua tahun yang lalu ketika saya mula mengenali beliau.
.
Sabarlah kak, berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.
.
Saya hairan, apa lagi yang perlu ditahan mereka ini, tidakkah tempoh enam tahun sudah cukup untuk mendapatkan segela bentuk maklumat yang kerajaan mahukan?
.
Saya hairan, saya hairan, saya hairan...
.
------------------------------------------------------
Dua mangsa ISA dilanjutkan penahanan jadi 8 tahun - Harakahdaily
Anis Nazri Mon Jun 16, 08 5:01:31 pm MYT
Anis Nazri Mon Jun 16, 08 5:01:31 pm MYT
.
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Hrkh) - Dua lagi tahanan ISA dilanjutkan penahanan mereka selama dua tahun, yang menjadikan tempoh penahanan mereka lapan tahun.
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Hrkh) - Dua lagi tahanan ISA dilanjutkan penahanan mereka selama dua tahun, yang menjadikan tempoh penahanan mereka lapan tahun.
.
Kedua-dua tahanan, Mat Sah Satray dan Samsudin Sulaiman, yang berasal dari Selangor dilanjutkan penahanan mereka pada 11 Jun lalu.
.
Kedua-dua tahanan, Mat Sah Satray dan Samsudin Sulaiman, yang berasal dari Selangor dilanjutkan penahanan mereka pada 11 Jun lalu.
.
Menurut isteri Mat Sah, Norlaila Othman, yang juga merupakan Pengarah Kempen Bebaskan Tahanan Enam Tahun ISA, beliau menerima keputusan lanjutan penahanan suaminya pada 15 Jun lalu ketika melawat Mat Sah di Kemta.
.
.
Katanya, Mat Sah dalam nada tenang namun riak wajah yang sedih, memaklumkan kepadanya tentang lanjutan penahanannya.
.
.
"Walaupun nadanya tenang, riak wajahnya cukup sedih. Beliau memaklumkan, tiada alasan diberikan pihak kem tentang sebab beliau ditahan dua tahun lagi," jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
.
.
Norlaila yang menyifatkan keputusan itu sebagai ujian dari Allah kepadanya sekeluarga, menegaskan keputusan tersebut tidak mengecewakannya, memandangkan beliau menyedari bahawa pihak berkuasa akan terus menunjukkan keegoan mereka selagi berkuasa.
.
.
Bagaimanapun, Norlaila berkata keputusan tersebut meningkatkan lagi semangat perjuangannya dalam usaha menentang kezaliman ISA, apatah lagi suaminya turut merestui perjuangannya.
.
.
"'He never blame me'. Dia tidak pernah menyatakan perjuangan saya dalam GMI menjadi punca beliau dilanjutkan tahanan. Malah, beliau turut memberikan kata-kata semangat untuk terus berjuang menentang ISA," tegas Norlaila lagi.
--------------------------------------------------------------
ISA: Suami aktivis GMI ditahan lagi 2 tahun - Malaysiakini
Abdul Rahim Sabri Jun 16, 08 7:09pm
.
Seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang dilanjutkan tempoh dua tahun lagi, menyatakan kempen pembebasannya menambahkan semangat kepada beliau dan rakan-rakannya.
.
Mat Sah Mohamad Satray, yang pernah bekerja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, ditahan pada April 2002 atas tuduhan terlibat dengan Jemaah Islamiah (JI).
.
Beliau tamat tempoh tahanan selama enam tahun pada Khamis lepas. Bagaimanapun sewaktu lawatan isterinya Norlaila Othman, Mat Sah memberitahu beliau tempoh tahanannya disambung dua tahun lagi.
.
"Tidak, suami saya tidak menyalahkan kempen itu," kata Norlaila, apabila diminta kemungkinan kempen Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) pada 7 Jun lalu akan penyebab suaminya ditahan lebih lama.
.
"(Mat Sah berkata) kempen GMI harus berterusan kerana ia memberi semangat kepadanya (Mat Sah), bahawa orang di luar mengingati orang di dalam tahanan," kata Norlaila lagi, yang juga ahli jawatankuasa GMI.
.
Mat Sah bersama Samsudin Sulaiman, yang bertugas di Kementerian Kesihatan sewaktu kedua-duanya pada malam yang sama, dilanjutkan tempoh tahanan.
.
Mereka berdua antara 10 aktivis JI yang ditahan selama enam tahun dan kempen GMI baru-baru bertujuan membebaskan mereka semua.
0 Pandangan
Post a Comment