Bukan saya menggalakkan agar rakyat Malaysia mengunakan kad kredit tetapi kad kredit sudah menjadi salah satu kaedah yang digunakan oleh rakyat Malaysia untuk meneruskan kehidupan seharian. Kad kredit bukan alat untuk bermewah-mewahan tetapi ada masanya ia menjadi ‘peneyelamat’ di kala kesempitan wang dihujung bulan sebelum menerima gaji bulanan.
Jika dahulu kad kredit amat sukar untuk diperolehi tetapi sekarang pihak syarikat sendiri yang menawarkan kad kredit kepada mereka secara terus melalui bank ataupun agen mereka.
Saya sering bertanya kepada pemegang kad kredit apakah yang menyebabkan mereka mempunyai kad ini walaupun secara mata kasarnya saya mendapati bahawa pendapatan mereka seakan-akan sudah cukup untuk membiayai kehidupan harian. Saya juga dapati kakitangan kerajaan adalah di antara pemegang utama kad kredit di negara kita.
Di antara pemegang kad kredit memberi tahu bahawa mereka memerlukan kad ini untuk persediaan jika berlaku apa-apa masalah ketika wang dikocek sudah pun hampir kering atau kering sepenuhnya maka kad kredit inilah yang menjadi ‘penyelamat’ buat sementara.
Salah satu perkara yang sudah pasti menjadi sasaran pemegang kad kredit adalah untuk mengisi minyak, lebih-lebih lagi harga minyak di pasaran Malaysia semakin tinggi. Bagi mereka yang menggunakan kereta ataupun kenderaan seumpamanya serta memerlukan perjalanan yang jauh untuk ketempat kerja, ‘kekeringan’ wang akan menyebabkan mereka menggunakan kad kredit sebagai alternative menggantikan wang tunai.
Di dalam Berita harian Online tadi, saya membaca berita bagaimana semua stesen minyak di seluruh negara akan menghentikan sementara urus niaga menggunakan kad kredit mulai hari ini sehingga kerajaan memenuhi tuntutan mereka supaya menaikkan komisen jualan minyak.
Presiden Persatuan Pengusaha-pengusaha Stesen Minyak Tempatan (PDAM) Mejar (B) Abdul Wahid Bidin berkata keputusan itu dibuat selepas pihaknya menerima pandangan semua 3,500 ahli persatuan yang terpaksa menanggung beban akibat peningkatan kos operasi, termasuk caj kad kredit yang dikenakan bank.
Ini adalah merupakan satu lagi kesan yang terpaksa ditanggung oleh pengguna. Janganlah terkejut apabila ada pekerja yang memberikan alasan tidak dapat hadir bekerja ataupun lewat ke pejabat disebabkan masalah untuk mengisi tong minyak kereta.
Apa yang pasti, kenaikan harga minyak telah menyebabkan pelbagai harga barang dan perkhidmatan mengalami kesan lanjutannya. Harga barang naik, harga caj perkhidmatan naik dan segala-galanya akan naik.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Parlimen BN yang telah menyokong Usul subsidi minyak dibawa kerajaan dan dikemukakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.telahpun diluluskan dengan undi majoriti. Sorakan ahli Parlimen BN ketika mendengar keputusan dibacakan oleh Speaker sudah cukup menggambarkan Ahli Parlimen BN kesemuanya gembira dengan kenaikan ini. Tidak ada Ahli Parlimen BN yang berani untuk berhujah agar kerajaan menimbangkan kembali keputusan ini bagi pihak rakyat di bawah. Mereka berhujah di atas keputusan yang dibawa oleh kaum kerabat mereka sendiri.
Tektik untuk kerajaan menaikkan harga minyak sebelum bermulanya sidang Parlimen kali ke dua telahpun berjaya. Segala hujah telahpun disampaikan di dalam Parlimen dalam keadaan harga minyak telahpun dinaikkan.
Baguslah jika macam itu yang ingin dilakukan oleh parti Pemerintah. Nampaknya, hanya tinggal satu saja jalan untuk menurunkan harga minyak iaitu dengan cara MENURUNKAN PEMERINTAH YANG SEDIA ADA.
Jom Pakat Jatuhkan BN!

0 Pandangan
Post a Comment