Harga Petrol/Diesel Naik, Kerajaan BN Turun!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 6/04/2008 07:37:00 PM | 0 Pandangan »

Petrol naik 78 sen, diesel RM1 - Malaysiakini
Jun 4, 08 5:04pm


Harga petrol naik sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70. Demikian diumumkan oleh perdana menteri petang tadi.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengumumkan harga minyak diesel pula naik kepada RM2.58 - naik RM1 berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.
Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini, katanya di sidang media di Putrajaya.

Kerajaan juga mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan.

Mengikut skim tersebut tersebut, kenderaan di bawah 2000cc akan menerima RM625 setahun - rebat bagi 800 liter di bawah harga baru.

Pemilik motosikal pula akan diberi rebet RM120. Bayaran akan dibuat melalui wang pos.
Difahamkan rebet teresbut akan dibayar apabila pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka.

Kerajaan dijangka menjimatkan RM4 bilion di bawah penstrukturan semula skim subsidi tersebut.Jika harga petrol dijual mengikut harga penuh pasaran, ia boleh mencecah setinggi hampir RM4 seliter - 50 peratus di atas harga sekarang.

Bagaimanapun, kerajaan dijangka menuju ke arah memansuhkan terus pemberian subsidi pada masa depan.

Sejak 2004, harga petrol naik sebanyak 97.1 peratus manakala harga diesel pula naik sebanyak setinggi 231 peratus [lihat carta].

Kenaikan tarif elektrik

Perdana menteri juga mengumumkan struktur tarif baru tarif elektrik yang akan digunapakai oleh semua pengguna domestik, komersial dan industri di Semenanjung Malaysia sahaja. Satu struktur tarif baru akan diumumkan tidak lama lagi bagi Sabah dan Sarawak.

Berkuatkuasa 1 Julai ini, pengguna 200 kkwj (kilowatjam) ke bawah setiap bulan dengan anggaran bil elektrik kurang daripad RM43.60 - yang terdiri daripada 59 peratus isirumah di Semenanjung - akan membayar kadar yang sama, selagi mereka kekal tahap penggunaan yang sama. Ini berkuatkuasa 1 Julai.

Bagi jumlah penggunaan di antara 0 hingga 400 kwj sebulan (kediaman) - kadar tarif bagi 200 kwj pertama sebulan ialah 21.8 sen satu kwj; 201 - 400 kwj berikutnya 34.5 sen satu kwj.

Caj minimum bulanan RM3.Bagi jumlah penggunaan lebih 400 kwj sebulan (kediaman), kadar tarif bagi 50 kwj pertama ialah 30 sen satu kwj; 501-600 kwj berikutnya 39 sen satu kwj; 601 -700 (40 sen), 701-800 (41sen), 801-900 (43 sen), setiap kwj berikutnya 901 kwj (46 sen).

Caj minimum sebulan RM3.Manakala pengguna komersial dan industri pula akan mengalami peningkatan sebanyak 26 peratus pembayaran tarif.

Bagaimanpun, pertimbangan dibuat kepada peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil serta pengguna industri seperti perusahaan kampung yang penggunaannya tidak melebihi 200 kwj setiap bulan.

Kenaikannya adalah 18 peratus.

Yang lain-lainnya ialah:

Tarif B (tarif perdagangan voltan rendah) bagi jumlah penggunaan keseluruhan di antara 0 hingga 200 kwj sebulan, bagi semua kwj 38 sen. Caj minimum bulnan RM7.20. Bagi penggunaan keseluruhan melebihi 200 kwj sbulan, 40.8 sen. Caj minimum sebulan RM7.20.

Tarif C1 - tarif perdagangan am, voltansederhana, bagi setiap kilowat kehendak maksimum sebulan RM24.8. Bagi semua Kwj 29.6 sen. Caj minimum bulanan RM600. Tarif C2 - tarif perdagangan puncak/luar puncak voltan sederhana, bagi setiap kilowat kehendak maksimum sebulan dalam tempoh puncak RM36.6. Bagi semua kwj dalam tempoh puncak 29.6 sen. Bagi semua kwj dalam tempoh luar puncak 18.2 sen. Caj minimum bulanan RM600.

Tarif D - tarif perindustrian voltan rendah - bagi jumlah penggunaan keseluruhan di antara 0 hingga 200 kwj sebulan, bagi semua kwj 34.2 sen. Caj minimum bulanan RM7.20. Bagi jumlah penggunaan keseluruhan melebihi 200 kwj sebulan, 36.6 sen. Caj minimum bulnan RM7.20. Tarif Ds - Tarif perindustrian khas - (untuk pengguna yang layak sahaja) 34.4 sen per kwj. Cak minumum RM7.20

Tarif E1 - tarif prindusrian am voltan sederhana bagi setiap kilowat kehendak maksimum sebulan RM24.6 satu kilowat. bagi semua kwj 28 sen per kwj. Caj minimum bulanan RM600. Tarif E1s - tarif perindustrian khas (untuk pengguna yang layak sahaja) bagi setiap kilowat kehendak maksimum sebulan RM19.1. Bagi semua kwj 27.2 sen. Caj minimum bulanan RM600

0 Pandangan