Saya, secara peribadi lebih bersetuju sekiranya PAS mengambil keputusan untuk memboikot pilihanraya kecil DUN Sanglang di Perlis kerana PAS sememangnya sudah sepatutnya diistiharkan menang dan diistiharkan sebagai ADUN Sanglang dalam petisyen tersebut.
Seperti mana yang telah disebut oleh jawatankuasa PAS negeri Perlis, sdr Zulmi Sabri bahawa PAS akan akur kepada keputusan PAS Pusat dalam menentukan apa jua tindakan sama ada akan memboikot atau tidak pilihanraya kecil DUN Sanglang (rujuk Malaysiakini) saya juga akan akur dengan apa jua bentuk tindakan yang akan dilaksanakan nanti.
Namun, saya berpendapat bahawa dengan memasuki pilihanraya kecil ini bermaksud kita bukan sahaja telah memperakui satu kesilapan yang dilakukan oleh SPR tetapi secara tidak langsungnya kita juga telah diperbodohkan kerana kesilapan yang dilakukan oleh SPR adalah kesilapan yang mudah, hanya kerana tersilap dalam pengiraan undi dan kesilapan mengumumkan pemenang. Tidak ada masalah yang melibatkan undi rosak, pengundi hantu ataupun apa jua bentuk keraguan yang besar sehingga membolehkan satu pilihanraya kecil diadakan.
Bayangkan, sekiranya SPR yang selama ini dipergunakan oleh parti pemerintah untuk memastikan BN akan terus selesa sebagai kerajaan yang memerintah membuat kesilapan yang sama dalam banyak kerusi dalam pilihanraya umum yang lalu, maka untuk membetulkan keadaan, satu pilihanraya kecil perlu diadakan. Apakah kita juga terpaksa akur dengan keputusan ini lalu kita menyertai pilihanraya kecil tersebut?.
Saya tidak buruk sangka dengan SPR tetapi keburukan SPR telahpun disebut-sebut sehingga himpunan BERSIH telah diadakan pada bulan November tahun lalu kerana rakyat cukup tidak berpuas hati dengan SPR yang dipergunakan oleh pihak tertentu.
Maka, bagaimana untuk kita menghadapi pilihanraya kecil ini dalam suasana ketidakadilan telahpun bermula sejak daripada awal lagi.
Pemboikotan ini bukan bermakna PAS/PR takut untuk berhadapan dengan pilihanraya kecil tetapi kita juga harus ingat bahawa ketika berhadapan pilihanraya kecil bermakna pilihanraya ini akan menemukan sebuah parti dengan sebuah kerajaan dalam situasi yang sememangnya tidak akan adil.
Justeru saya melihat bahawa pemboikotan ini diperlukan dalam isu ini. Apa jua keputusan yang diterima oleh PAS/PR dalam pilihanraya kecil ini tidak memberikan apa-apa pengajaran terhadap keputusan mahkamah untuk tidak mengistiharkan pilihanraya kecil berlaku.
Jika PAS/PR menang maka sememangnya kita telah pun menang ketika pilihanraya umum kali ke 12 yang lalu, tidak ada bezanya. Jika kita kalah, maka kita telahpun kalah dengan ketidakadilan SPR daripada peringkat awal lagi yang tersalah mengira dan tersalah membuat pengumuman ADUN Sanglang sebelum ini. Bak kata orang lama, sudah jatuh ditimpa tangga.
Semoga pimpinan Pakatan Rakyat dan pimpinan tertinggi PAS akan mencapai keputusan yang terbaik dalam isu ini.

.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Taman Sri Kluang
20 Jun 2008, 11.28 malam
Kalau nak boikot, biar "Pakatan Rakyat" yang boikot, bukan PAS sahaja.
Senang-senang sahaja nanti "PKR sedia bertanding".
Jangan risikokan sebarang kerusi.
Betul la tu, kan aku kata PR & PAS yang akan buat keputusan terbaik! Baca betul2 tu sebol...
Salam tuan,
Sebagai tambahan kepada boikot, SPR mesti disaman atas tuduhan sabotaj keputusan pilihanraya. Jgn kita kesian dengan SPR yg diterajui oleh RaSHIT nih atas kerja2 jahat yg mereka lakukan.
Nak tau lebih lanjut pasal SPR baca kat bawah ni:
http://ptdblog.wordpress.com/2008/02/16/pilihanraya-dan-ptd/
http://ptdblog.wordpress.com/2008/02/16/pengerusi-spr/
http://ptdblog.wordpress.com/2008/02/17/timbalan-pengerusi-spr/
Blogger ni kalau tak silap adalah seorang PTD dan penulis buku ttg PTD.
ok, terima kasih fahmi...mmg SPR nak kena ajar!