Datuk Noraini Ahmad Tidak Konsisten

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 6/11/2008 07:12:00 PM | 1 Pandangan »

Apa kenanya YB Datuk Noraini Ahmad, sekejap kata tidak boleh, sekejap kata boleh. Saya telah membaca berita ini di Utusan Online sebentar tadi dan saya akan mengulasnya selepas solat magrib nanti, insya Allah
.
-------------------------------------------
Kerajaan benarkan kakitangan awam buat kerja sambilan - Utusan Online
11/06/2008 11:50am
.
KUALA LUMPUR 11 Jun - Kementerian Sumber Manusia tidak menghalang mana-mana kakitangan sokongan perkhidmatan awam membuat kerja sambilan di luar waktu pejabat asalkan tidak mengganggu pekerjaan utama mereka.
.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad memberitahu pemberita di sini hari ini, kebenaran untuk berbuat demikian hendaklah diperoleh daripada Jabatan Perkhidmatan Awam terlebih dahulu.

1 Pandangan

  1. Public opinion // June 14, 2008 at 3:29 PM  

    Sesuaikah membenarkan kakitangan awam melakukan kerja lain selepas waktu kerja biasa dengan Occupational Safety and Health Act 1994?