Ceramah di FELDA Redong.

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 6/02/2008 01:27:00 AM | 0 Pandangan »

Malam tadi, saya telah menyampaikan ceramah di Felda Redong, Parlimen Sekijang. PAS Kawasan Sekijang telah menjemput saya, Ust Ahmad Awang (Naib Presiden PAS, Pesuruhjaya PAS Perak) Kak Fatimah Ismail (Ketua Penerangan DMPNJ) dan Cik Kumutha a/p Raman untuk menyampaikan ceramah.
.
Disebabkan penceramahnya ramai maka kenalah diberikan tempoh terhad kepada penceramah. Namun saya kira malam ini pelbagai ilmu dan maklumat yang dapat dikongsikan bersama dengan penduduk setempat khususnya.
.
Ucapan Cik Kumutha semakin padat dan menarik sekarang ini. Walaupun berucap sekitar 25 minit sahaja tetapi ucapan beliau sememangnya cukup sesuai didengari oleh penduduk di Felda Redong yang majoritinya orang Melayu beragama Islam dan penyokong setia UMNO/BN.
.
Saya akan mencatatkan ucapannya di sini nanti, insya Allah.

0 Pandangan