Ali Rustam Desak Debat Shabery Cheek vs DSAI Dibatalkan!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 6/28/2008 10:48:00 PM | 0 Pandangan »


Kesediaan Shabery Cheek untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim memang dipuji kerana ia membuka ruang untuk DSAI memberikan pandangan terhadap masalah kenaikan harga minyak yang melampau. Namun, gesaan Seri Mohd Ali Rustam supaya debat tersebut dibatalkan menunjukkan betapa 'takutnya' beliau terhadap DSAI.

Ruangan yang diberikan oleh Menteri Penerangan ini sudah tentu dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Biarlah rakyat sendiri yang menilai sejauh mana kebenarannya atau kepalsuannya hujah DSAI terhadap isu ini.

Atau mungkin, Ali Rustam sahaja yang dijemput untuk berdebat dengan DSAI. Jika ini yang ditawarkan oleh Menteri Penerangan kepada Ali Rustam, silap-silap bukan sahaja dibangkangnya tetapi Datuk Alai sanggup mengambil cuti ke luar negara kerana takut untuk berdepan dengan DSAI.

------------------------------------------------------
Hentikan debat dengan Anwar
28/06/2008 4:31pm

MELAKA 28 Jun - Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek digesa membatalkan hasratnya untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu kenaikan harga minyak yang dijadual disiarkan secara langsung di RTM1 pada 15 Julai depan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, tindakan tersebut tidak relevan lebih-lebih lagi diadakan bersama dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang sentiasa membangkang usaha-usaha kerajaan.

``Ramai lagi pemimpin-pemimpin kerajaan yang hari-hari bekerja keras untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak ini.

``Kenapa mereka tidak diberi tempat dalam televisyen untuk menerangkan kepada rakyat mengenai apa yang mereka sudah lakukan dan usaha-usaha yang diambil bagi menangani kos kenaikan minyak,'' katanya.

Mohd. Ali berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-19 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Melaka di sini hari ini.

0 Pandangan