Himpunan Aman Di Kluang Berjaya!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 6/14/2008 07:44:00 PM | 0 Pandangan »

Alhamdulillah, Himpunan Aman Membantah Kenaikan Harga Minyak yang diadakan di Terminal Bas & Teksi Kluang telah berjaya dilaksanakan petang tadi tanpa berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini.
.
Pimpinan Pakatan Rakyat Kluang telah hadir bersama untuk memberikan sokongan terhadap himpunan yang telah dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Johor.
.
Di antara pimpinan yang hadir pada petang tadi adalah YB Ng Lam Hua, ADUN-DAP Mengkibol, Tuan Haji Zainuddin Gadzali (Yang Di Pertua PAS Kluang) USt Abdullah Hussien (Ketua Dewan Ulama' PAS Johor), Encik Lee Sang (Pengerusi PKR Kluang) Encik Adanan Ibrahim (Timbalan Pengerusi PKR Kluang) sdr Sdr Mohamad Nazri b. Ismail (Setiausaha AMK Johor), Sdr Azlan Bin Ishak (Ketua AMK Gelang Patah), Sdr Norazid Bin Mohd Noh (Exco DPPNJ), Sdr Nor Khalim Sakib (Pengarah AMAL Johor) dan ramai lagi.
.
Saya kira, inilah himpunan Pakatan Rakyat yang paling ramai yang pernah diadakan di Kluang. Sebelum ini, himpunan membantah kenaikan harga minyak, himpunan kenaikan harga barang ataupun isu air yangpernah diadakan sebelum ini tidaklah pernah mencapai kehadiran yang sebegini ramai. Pelbagai golongan yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan usia telah bersama memberikan sokongan terhadap himpunan aman tadi.
.
Pihak keselamatan telah mula berada di kawasan terminal bas sejak daripada pagi dan mengikut pengamatan saya, ada lebih kurang 200 orang pegawai yang bertugas polis yang bertugas pada petang tadi. Apapun, terima kasih daun keladi kepada Ketua Polis Daerah Kluang dan seluruh pegawai yang terlibat tadi kerana telah memberikan kerjasama yang baik tadi.
.
Himpunan seumpama ini akan diteruskan pada minggu hadapan tetapi sudah pasti bukannya di Daerah Kluang, Batu Pahat dan Johor Bahru kerana kami telahpun mengadakan himpunan di dalam daerah ini.
.
Minggu depan kita akan bertemu di daerah **********. Di mana tu? Tunggu...
.
Saya mewakili pimpinan DPPNJ dan Pakatan Rakyat Johor mengucapkan terima kasih di atas kejayaan ini. Memang banyak rintangan yang perlu kita hadapi dalam menyuarakan kebenaran tetapi itulah yang dinamakan pengorbanan.
.
Gambar dan video klip akan disiarkan esok, insya Allah.
.
Salam perjuangan...
.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
14 Jun 2008, 8.03 malam

0 Pandangan