Secara tidak langsungnya, Ahli Parlimen Pontian menyokong cadangan yang pernah dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) pada 26 Mei 2008. Saya difahamkan, Ahli Parlimen PAS juga akan membawa perkara yang sama dalam isu ini ke Parlimen nanti.
Tiada alasan lagi yang boleh diberikan oleh kerajaan Malaysia untuk tidak mengambil alih pulau ini kerana Malaysia sudah ada kemampuan dari pelbagai sudut.
Walaupun Menteri Besar Johor telah membuat perakuan bahawa Pulau Pisang masih tetap milik Malaysia tetapi perlu diingat bahawa rumah api di atas Pulau tersebut masih dioperasikan oleh kerajaan Singapura sejak tahun 1914 lagi.
Apapun, saya mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Pontian kerana konsisten dalam memperjuangkan masa depan Pulau Pisang. Saya bercadang untuk bertemu dengan beliau untuk berbincang tentang perkara ini.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
9 Jun 2008, 8.14 pagi
Ambil alih rumah api Pulau Pisang - Berita Harian Online
Oleh Azida Shaharuddin
PONTIAN: Kerajaan diminta mengambil alih pengurusan rumah api di Pulau Pisang, di sini daripada Singapura bagi memastikan pulau berkenaan hak mutlak negara.
Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan, berkata beliau akan membawa usul itu ke Parlimen bagi membolehkan Wisma Putra berunding secara diplomatik dengan Kerajaan Singapura untuk mendapatkan semula hak pengurusan rumah api di pulau itu.
"Selain itu, penggunaan rumah api kini sudah kurang relevan kerana sebahagian besar kapal mula menggunakan sistem pengesanan global (GPS)," katanya selepas mengetuai rombongan lawatan 65 wakil Umno, agensi kerajaan serta media di Pulau Pisang selama dua hari berakhir semalam.
Ahmad berkata, dari segi pembangunan, pihaknya sudah merancang membina sebuah surau dan jeti yang bakal dilaksanakan dalam tempoh terdekat sebagai langkah awal membangun dan memajukan Pulau Pisang.
Beliau berkata, setakat ini, peruntukan RM50,000 akan digunakan untuk membina surau atas tanah milik Mohd Amin Dalik, 72, untuk memudahkan penduduk yang berkebun di situ beribadat.
"Selepas pembinaan surau, kita akan lanjutkan pembinaan jeti dan chalet dalam usaha memajukan dan membangunkan pulau itu. Kita akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda). Jika perlu, kita mendapatkan bantuan pelabur luar terutama dari Asia Barat yang melabur di Iskandar Malaysia supaya melabur di Pulau Pisang," katanya.
Beliau berkata, pembinaan jeti dalam tempoh terdekat perlu kerana ketika ini hanya ada jeti milik Singapura yang digunakan untuk mengangkut barang rumah api di bawah seliaan negara berkenaan.
"Usaha ini perlu dilakukan segera bagi memastikan pisang tidak berbuah dua kali selepas kehilangan Batu Puteh. Pulau Pisang memang hak kita, tetapi jika hanya ada rumah api saja dan tiada pembangunan lain, kita bimbang Singapura akan mendakwa ia milik mereka pada masa depan," katanya.

0 Pandangan
Post a Comment