Tahinah Pak Chop! Gunakan Peluang Ini Untuk Perjuangkan Isu Memali...

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 5/27/2008 08:18:00 AM | 0 Pandangan »

Tahniah sdr Yusof Husin @ PAk Chop kerana telah dilantik sebagai Senator yang baru. Ketika saya bertemu dengan beliau selepas kemenangan PAS/PR di Kedah beberapa bulan yang lalu, beliau menyebut bahawa dia tidak mahu tinggalkan 'Bukit Uhud' walaupun kemenangan sudah berpihak kepada kita.
.
Saya cukup berbangga kerana Pak Chop akan berada dalam Dewan Negara lebih-lebih lagi beliau adalah merupakan bekas tahanan ISA dan mangsa serangan polis dalam isu Memali.
.
Semoga Pak Chop atau sekarang kita akan panggil beliau YB Muhamad Yusof Husin akan mampu melaksanakan kedua-dua tugas nanti. Pak Chop, menerima jawatan sebagai Senator tidak bermakna meniggalkan Bukit Uhud.
.
---------------------------------------------
Mangsa serangan Memali kini Senator
Abdul Halim Mohd Rashid Tue May 27, 08 4:32:55 am MYT

.
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Hrkh) - Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang juga salah seorang mangsa serangan ganas polis ke atas penduduk Kampung Memali, Muhamad Yusof Husin mengangkat sumpah sebagai Senator untuk penggal pertama di Dewan Negara semalam.
.
Beliau yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Kedah mengangkat sumpah bersama seorang lagi ahli Dewan Negara yang baru dari Kedah iaitu Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Ir. Zamri Yusuf.
.
Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh sebelum sidang Dewan Negara bermula.
.
Pelantikan mereka yang berkuat kuasa semalam adalah untuk tempoh satu penggal.
.
Muhamad Yusof, 54 dan Zamri, 43, merupakan pilihan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah untuk jawatan tersebut.
.
Kedua-dua mereka yang mewakili Kedah dilantik ke jawatan itu setelah wakil Barisan Nasional (BN) negeri itu, Datuk Yaakob Mohammad dan Chua Kim Chuan tamat tempoh perkhidmatan pada 10 April lalu.
.
Ketika ditemui, Muhamad Yusof berharap akan dapat menyampaikan ucapan sulungnya di Dewan Negara hari ini.

0 Pandangan