Saya telah menulis berita tentang kemasukan Ezam ke dalam UMNO pada 26 Mei 2008 (Ezam, Marilah Bersama PAS) dan 22 Mei 2008 (Akhirnya Ezam Pergi Jua - Versi Baru).
.
Kedua tulisan saya ini menghuraikan bagaimana Ezam dilaporkan akan meninggalkan perjuangan reformasi dan akan meyertai UMNO semula. Tulisan saya yang kedua lebih bertujuan untuk 'memujuk' Ezam agar menyertai PAS daripada UMNO.
.
Nampaknya, Ezam masih tetap dengan pendiriannya untuk menyertai UMNO semula. Esok beliau akan membuat sidang media untuk memperjelaskan sebab-sebab beliau menyertai UMNO walaupun sebelum ini beliau cukup dikenali sebagai seorang anak muda yang gigih berjuang dalam gerakan reformasi sehingga berjaya melahirkan golongan anak muda yang cukup optimis dengan perjuangan Ezam.
.
Sejak daripada pukul 3 petang tadi saya tertunggu-tunggu maklumat terkini daripada media tentang hasil pertemuan Ezam dengan Pak Lah. Walaupun saya dapat membaca bahawa Ezam akan melahirkan hasratnya untuk menyertai UMNO tetapi saya masih meletakkan beberapa peratus harapan agar Ezam akan berubah fikiran.
.
Ada sahabat yang menghantar SMS beberapa minit tadi memaklumkan bahawa 'idola' saya dalam perjuangan telah menyertai UMNO. Saya tidak kisah sangat pun dengan perkembangan ini kerana inilah dia yang dinamakan perjuangan.
.
Sebab itu Tuan Guru Nik Aziz pernah menyebut bahawa seseorang tokoh itu lebih baik diiktiraf selepas daripada kematian tokoh tersebut kerana kita tidak tahu apa akan terjadi selepas anugerah tersebut diberikan. Mungkin tokoh tersebut telah melakukan sesuatu yang bertentangan daripada ketokohannya maka apakah kita akan tetap panggil dia tokoh?
.
Sama juga dengan Ezam, pimpinan muda yang cukup dihormati oleh kawan dan lawan termasuk saya sendiri. Pastinya, anak-anak muda akan cukup terkilan dengan keputusan Ezam ini.
.
Saya membayangkan bahawa, di antara sebab-sebab Ezam menyertai UMNO semula adalah kerana :-
.
i. Dia tidak percaya kepada Anwar Ibrahim,
ii. Perjuangan untuk membela Melayu adalah melalui UMNO,
iii. PKR telah lari daripada dasar perjuangan yang asal,
iv. Ingin membetulkan UMNO daripada dalam,
.
Banyak lagi alasan yang dapat dihuraikan oleh Ezam esok namun yang pastinya Ezam telah melangkahkan kakinya ke dalam UMNO semula.
.
Berita kemasukan Ezam sudah pasti akan menimbulkan pelbagai tanda tanya di kalangan pemimpin UMNO kerana sebagai pemimpin yang berpengaruh, Ezam sudah tentu dilihat sebagai seorang individu yang akan menggugat kedudukan lain-lain pemimpin dalam UMNO.
.
Adakah Ini bermakna Ezam akan bertanding sebagai Ketua @ Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Ataupun, Ezam akan menjadi 'orang kuat' Pak Lah untuk menentang gelombang Najib Razak? Pelbagai kemungkinan akan terjadi.
.
Saya tidak kisah dengan apa yang akan terjadi kepada Ezam setelah menyertai UMNO kerana itu semua tidak termasuk dalam agenda perjuangan saya ketika ini.
.
Kepada sdr. Ezam, saya tidak berhasrat untuk mengkritik saudara walaupun kita sudah berbeza haluan tetapi saya berjanji kepada diri saya bahawa sekiranya saudara mengambil sikap menyerang Pakatan Rakyat terutamanya PAS selepas ini, saya tidak akan teragak-agak menyerang saudara secara terbuka dalam arus perdana politik ketika ini.
.
Salam perpisahan....
.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Exco Dewan Pemuda PAS Pusat
28 Mei 2008, 6.12 petang
------------------------------------------------------------Wednesday May 28, 2008 MYT 4:57:35 PM - The Star Online
Ezam rejoins Umno
KUALA LUMPUR: Umno has accepted former PKR Youth leader Ezam Mohd Nor back into the party but has not promised him any position.
Prime Minister and Umno president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi who welcomed Ezam back to the party said:
“What’s special about him is that he left he party to lead another party but he decided to come back, knowing that Umno is still the better party".
Ezam handed over his application form and RM100 in lifetime membership fee at a press conference at Parliament House, after a brief meeting with Abdullah.
-----------------------------------
Ezam diterima kembali ke Umno - Abdullah - The Star Online
28-05-2008 04:59:31 PM
Oleh G. MANIMARAN dan ZANARIAH ABD. MUTALIB
(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd. Noor diterima untuk kembali ke pangkuan Umno - parti yang ditinggalkannya satu dekad lalu dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkannya sebagai "seorang yang ada kelebihan."
Bagaimana Abdullah menolak andaian bahawa Ezam, 41, akan diberikan jawatan penting dalam parti dan kerajaan.
.
Pemerhati-pemerhati politik pula menyifatkan tindakan Ezam sebagai perkembangan menarik dalam senario politik semasa di tanah termasuk ketika Umno berhadapan dengan 'krisis' baru manakala Pakatan Rakyat pula menguasai lima kerajaan negeri.
.
Malah, perkembangan itu merupakan yang pertama membabitkan seorang bekas pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kembali kepada Umno selepas pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu.
.
Malah, perkembangan itu merupakan yang pertama membabitkan seorang bekas pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kembali kepada Umno selepas pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu.
.
Ezam tidak memberikan ulasan selepas pertemuan hari ini, sebaliknya akan mengadakan sidang akhbar di Petaling Jaya esok.
.
"Saya akan mengadakan sidang akhbar esok," katanya kepada mStar Online.
.
.
Ketika bercakap kepada pemberita selepas pertemuan mereka kira-kira 45 minit di bangunan Parlimen, Abdullah berkata: "Dia (Ezam) telah berada di kedua-dua Umno dan Keadilan. Selepas berada di kedua-dua pihak, dia merasakan lebih baik berada di dalam Umno (untuk berjuang)."
.
Ezam juga mengemukakan permohonan kepada Abdullah untuk memasuki Umno dalam pertemuan petang ini.
.
.
Abdullah juga berkata, beliau belum lagi mengadakan perbincangan dengan Pemuda Umno mengenai hasrat Ezam menyertai kembali parti.
.
Ketika ditanya sama ada permohonannya sudah diterima, beliau berkata: "Dah, boleh terima."
.
.
Berhubung soalan sama ada Ezam boleh bertanding dalam pemilihan parti Disember ini, Abdullah yang juga Perdana Menteri memberitahu, jika perlembagaan parti membenarkannya, beliau boleh berbuat demikian.
.
Pertemuan itu bermula kira-kira pukul 3.40 petang.
.
.
Tengah hari tadi ketika dihubungi mStar Online, Ezam mengesahkan yang beliau akan bertemu dengan Abdullah yang kembali dari Jepun malam tadi.
.
"Temu janji untuk bertemu diperoleh pagi ini," katanya.
.
.
Desas-desus mengenai kemungkinan Ezam menyertai semula Umno kini menjadi perhatian sama ada dalam Umno mahupun parti yang pernah diasaskannya, PKR yang dulu dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional.
.
Laporan media sebelum ini menyebut Ezam sudah memohon menyertai Umno selepas bergerak hampir dua tahun atas platform pertubuhan bukan kerajaan.
.
.
Ezam yang kini menjadi Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) dilaporkan akan melepaskan jawatan itu menjelang hujung minggu ini.
.
Beliau keluar daripada PKR pada April tahun lalu selepas kecewa dengan corak kepimpinan parti itu yang dikatakan dikuasai secara eksklusif oleh golongan tertentu berkepentingan peribadi sehingga menyebabkannya lemah.
.
.
Ezam merupakan antara sekumpulan orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba menggerakkan perjalanan politik beliau secara aktif sejak dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno pada 1998 dan kemudian dikenakan hukuman oleh mahkamah.
.
Ezam pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
----------------------------------------------
.Ezam meets PM, rejoins Umno - Malaysiakini
Soon Li Tsin May 28, 08 12:15pm
Soon Li Tsin May 28, 08 12:15pm
Former PKR Youth chief Ezam Mohd Nor held a 30-minute meeting with Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi in Parliament today to submit his application form to rejoin Umno.
.
Immediately after the meeting, Abdullah held a press conference in which he welcomed Ezam back into Umno.Ezam was also present but did not say anything.
.He will hold his own press conference tomorrow morning at 11am.
.Abbdullah, also the Umno president, said that Ezam had rejoined the party without any conditions or privileges.
.Previously it was widely speculated that Ezam would be given a senatorship and tasked with heading a government-linked company after crossing over to Umno.
."He wanted to come back and we let him come back," said Abdullah.
."When he was outside, he was very critical of the party. Now perhaps he has changed his mind and thinks Umno is the right platform for him," added the premier.
.Malaysiakini reported last week that Ezma's crossover has received the approval of both Abdullah and his deputy, Najib Abdul Razak.
.
.
The party believes that bringing in the former PKR rising star will not only be strategic in regaining lost support, but also timely in the current political climate.
Fall out with Anwar, Azmin
Ezam, a former political secretary to PKR de facto leader Anwar Ibrahim, had a bitter fall out with Anwar and vice-president Azmin Ali last year.
This followed an internal power struggle, which resulted in Ezam quitting the party.
Since then he had been critical of Anwar's style of leadership and Azmin's role as a dominant schemer in the party.
Ezam has concentrated on his anti-corruption NGO, Gerak. He will relinquish his position as its head from next month and will be replaced by Mohd Nazree Yunus.
assalamualaikum,
saya tetap berasa sangsi dengan kemasukan Ezam ke dalam UMNO apabila Sdr Mahfuz dan Sdr Salahudin Ayub hanya berdiam kata.
Jika PAS ada rencana memenangi UMNO untuk bernaung dibawah PAS , say setuju.
Jika tidak, jangan mengharap Ezam untuk jadi loncatan kepada segelintir PAS yang oppurtunis masuk UMNO.
Akhi Khairul Faizi, lakukan sesuatu jika kebarangkalian kedua itu berlaku.