Pengusaha Bas Mahu Tambang Bas Dinaikan

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 5/28/2008 05:07:00 PM | 0 Pandangan »

Pengusaha bas mahu naik tambang 100 peratus
oleh Amin Ridzuan Ishak

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengusaha Bas Pan Malaysia (PMBOA) mahu menaikkan kadar tambang bas ekspres, bas henti-henti dan bas mini sebanyak 100 peratus berikutan peningkatan kos operasi dan alat ganti.
.
Presidennya, Datuk Ashfar Ali, berkata perkara itu terkandung dalam memorandum yang dihantar kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, April lalu selepas peningkatan mendadak hargaminyak diesel serta alat ganti sejak tiga tahun lalu.
.
Beliau berkata, pihaknya melalui memorandum itu juga mahu Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mengehad pemberian permit bas buat sementara waktu.
.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini, hari ini.

0 Pandangan