Samy Vellu Dedah Ramai Ahli Tinggalkan MIC

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 5/31/2008 11:37:00 PM | 0 Pandangan »

Pendedahan berani Samy Vellu tentang 22 peratus ahli MIC telah bertindak keluar parti sebelum menghadapi pilihanraya umum ke 12 dahulu adalah merupakan tindakan yang mungkin tidak dapat kita bayangkan.
.
Bukan mudah untuk mendedahkan perkara seperti ini, lebih-lebih lagi MIC sedang berada di ambang keruntuhan dan kehancuran. Semasa kempen pilihanraya umum yang lalu, seorang pimpinan tertinggi MIC di kawasan saya telah menyebut agar MIC akan terus ditolok oleh kaum India yang akan membawa kepada pembubaran MIC. Begitu sekali geramnya kaum India terhadap Samy Vellu an kuncu-kuncunya yang dilihat telah mengkhianati kaum mereka sendiri.
.
-----------------------------------------------
22 peratus MIC telah keluar parti - Samy
31-05-2008 08:12:42 PM
SEREMBAN: Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mendedahkan menjelang pilihan raya umum ke-12 lalu kira-kira 22 peratus daripada 630,000 anggotanya telah keluar parti.
.
"Oleh itu sekarang kita mesti menggunakan pendekatan psikologi untuk menarik lebih ramai kaum India memasuki MIC.
.
"Kehilangan ahliahli ini sedikit sebanyak telah menjejaskan prestasi MIC pada pilihan raya yang lepas dan saya mahu ketua-ketua cawangan mengambil perhatian terhadap ahliahli di belakang mereka.
.
"Sekarang banyak di antara ketuaketua cawangan walaupun hanya ada keahlian 100150 orang tetapi mereka tidak berhubung dengan ahli-ahli.
.
"MIC kena baiki keadaan ini, tumpukan perhatian kepada masyarakat India dan ahliahli MIC di bawah dan parti ini pasti akan kembali kepada statusnya yang kuat sebelum ini," kata beliau dipetik Bernama selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MIC Negeri Sembilan di sini hari ini.
.
Dalam pada itu, kata Samy Vellu, kejayaan parti yang tidak berasaskan perkauman seperti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya bersifat sementara.
.
Katanya, untuk menyatupadukan tiga kaum iaitu India, Melayu dan Cina dalam sebuah parti bukan boleh dipupuk dalam masa yang sekejap kerana ia perlu benar-benar menjadi satu budaya.
.
"Seseorang individu bila sudah masuk politik kena ada sokongan masyarakat di belakangnya. Ada ramai orang berbincang mengenai politik perkauman, tetapi ini bukan perkara yang boleh terjadi dalam tempoh satu atau dua bulan sahaja," katanya.
.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tanggapan bahawa parti politik berasaskan sesuatu kaum sudah tidak lagi relevan di negara ini, ekoran PKR dan DAP yang membuka keanggotannya kepada semua kaum telah mencipta kejayaan pada pilihan raya umum lepas.
.
Samy Vellu bagaimanapun berkata MIC akan mengubah keahliannya yang selama ini berasaskan kaum, jika pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) mahu menjadikan BN sebagai satu parti yang keanggotaanya tidak berasaskan kaum.

0 Pandangan