Catatan Peribadi

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 5/29/2008 11:14:00 PM | 0 Pandangan »

Sejak beberapa hari yang lalu, penyakit lama menyerang kembali (migrane). Serangan kali ini hadir ketika tugasan dalam jamaah semakin banyak lebih-lebih lagi muktamar DPPNJ semakin hampir dan ada beberapa program terdekat yang memerlukan komitmen yang cukup tinggi.
.
Daripada masalah yang diadukan di Pusat Aduan Rakyat Mahkota (walaupun belum rasmi lagi PAR Mahkota), aktiviti di kawasan, aktiviti di peringat negeri sehinggalah program di peringkat DPP Pusat kesemuanya perlu diberikan perhatian serentak.
.
Lebih-lebih lagi, dalam masa seminggu ini, pelbagai isu yang melanda politik negara. Walaupun beberapa tugasan sedang cuba diselesaikan tetepi sebagai ahli politik, isu-isu ini tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja. Isu-isu ini perlu diluahkan sama ada melalui media ceramah, kenyataan media ataupun dicoretkan dalam blog saya ini.
.
Esok Jambori Unit AMAL peringkat pusat bermula di Kuala Kangsar dan perlu juga rasanya untuk menjenguk anak-anak buah AMAL di sana. Program sekretariat di Langkawi rasanya jauh sangat untuk menghadirkan diri tetapi manalah tahu Allah izinkan nanti.
.
Dalam masa yang sama janji dengan anak-anak sempena cuti sekolah pun perlu ditunaikan. Sepatutnya malam ini kami sekeluarga akan tidur di rumah kakak di KL tetapi sekadar tiba di Melaka sahaja ketika ini kerana my baby menangis dan meragam sepanjang jalan. Bayangkan, kepala sedang migrane sedangkan dalam kereta baby di sebelah tidak berhenti-henti menangis. Ujian, ujian...
.
Esok pagi saya perlu ke KL kerana kakak saya telah mengambil cuti sempena menunggu anak-anak buah tiba untuk bercuti. Jika tiada aral melintang pukang, saya akan ke Kuala Kangsar pada sebelah petang pula.
.
Semoga Allah permudahkan segalanya pada esok hari. Semoga baby yang kecil ini tidak meragam lagi kerana ia bakal menaikkan kadar migrane ke tahap maksimum!

0 Pandangan