Pulau Pinang, Selangor Haramkan Islam Hadhari, Perak & Kedah Bila Lagi?

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 5/27/2008 09:01:00 PM | 1 Pandangan »

Apabila Selangor dan Pulau Pinang telah mengistiharkan bahawa Islam Hadhari telah diHARAMkan di negeri-negeri tersebut, saya tertunggu-tunggu apakah reaksi Pak Lah terhadap perkara ini. Bukannya mudah untuk Pak Lah menerima kenyataan bahawa Islam Hadhari yang diciptanya telah diharamkan secara rasmi oleh kerajaan negeri tetapi itulah realitinya.
.
Lebih-lebih lagi, Pak Lah pun belum pernah bercakap soal Islam Hadhari sejak BN kehilangan banyak kerusi Parlimen dan 4 buah negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Hilang semua 10 prinsip Islam Hadhari yang sentiasa meniti dibibir Pak Lah selama ini. Silap-silap Pak Lah pun telah terlupa apa dia 10 prinsip tersebut.
.
Ada beberapa kemungkinan yang terlintas di fikiran Pak Lah. Mungkin Islam Hadhari yang diciptanya sebenarnya tidak sepatutnya diwujudkan selama ini, semua sokongan yang diterimanya adalah disebabkan pengampu yang mengiakan sahaja apa yang Pak Lah bawa.
.
Pak Lah juga mungkin terfikir, Islam Hadhari yang diciptanya boleh dikategorikan sebagai agama baru. Mufti Perlis pun dah keluarkan kenyataan baru-baru ini yang menyebut terlalu banyak kelemahan dalam Islam Hadhari.
.
Ataupun, mungkin Pak Lah tersedar bahawa dia bukanlah seorang pemimpin yang layak untuk bercakap tentang Islam kerana isteri dan anaknya pun tidak mampu untuk melaksanakan nilai-nilai Islam dalam hidup. YB Khairy, menantu kesayangan Pak Lah walaupun pernah membuka tawaran untuk berdebat bahawa Malaysia adalah negara Islam pun tidak mampu untuk membuktikan penghayatan Islam dalam dirinya.
.
Maka, apa lagi agaknya yang Pak Lah ingin katakan tentang Islam Hadhari?
.
Saya sedang menunggu jawapan balas daripada Pak Lah ataupun mana-mana Menteri, Timbalan Menteri atau mana-mana pimpinan UMNO yang ingin membantah keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan PR Pulau Pinang dan Selangor ini.
.
Manalah tahu, tiba-tiba pimpinan UMNO seperti Najib Razak, Tengku Adnan Mansor, Nazri Aziz, Zaid Ibrahim dan Ali Rustam bertindak membantah keputusan kerajaan PR ini. Itu tidak memeranjatkan namun yang pastinya mengejutkan nanti, tiada langsung pimpinan UMNO/BN yang sudi mempertahankan Islam Hadhari kerana mereka tahu bahawa pencipta Islam Hadhari tersebut bakal jatuh tidak lama lagi bersama Islam Hadharinya.
.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Exco Dewan Pemuda PAS Pusat
27 Mei 2008, 9.49 malam
---------------------------------------------------------------
P. Pinang haramkan Islam hadhari - Malaysiakini
Jimadie Shah Othman May 27, 08 12:42pm



Pulau Pinang akan mengikut jejak Selangor yang melarang sebarang bentuk program mempromosikan Islam hadhari, tafsiran agama yang dikembangkan sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

"Negeri (Pulau Pinang) akan mengambil tindakan yang sama dalam masa terdekat," kata timbalan ketua menteri Mohammad Fairus Khairuddin kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau bersetuju dengan langkah yang diambil oleh exco hal-ehwal agama Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali seperti diumumkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Wakil rakyat Gombak Setia itu dilaporkan berkata, semua masjid dan surau di Selangor diarah tidak mengadakan sebarang program yang menyentuh konsep Islam itu yang diperkenal perdana menteri sejak empat tahun lalu.
Mohammad Fairus, yang juga exco hal-ehwal Islam Pulau Pinang, langkah negeri ini tidak bermotifkan politik, sebaliknya untuk "mengembalikan ajaran Islam yang sebenar.

"Beliau, juga seorang lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata konsep Islam hadhari menyalahi prinsip sebenar Islam.

"Ajaran Islam sekarang sudah sempurna (seperti dinyatakan dalam al-Quran). Jadi, tidak perlu dibuat sebarang tokok tambah lagi," katanya.

Mohammad Fairus juga menganggap pendekatan Islam hadhari seolah-olah mewujudkan mazhab baru dalam Islam.

"Sedangkan kita tahu, (kemunculan) mazhab dalam Islam diketuai oleh ulama-ulama besar," katanya.

Beliau juga berkata "Islam hadhari" itu salah dari sudut penggunaan bahasa Arab.

"Mana ada Islam hadhari, yang ada hadharah Islamiah (ketamadunan Islam). Kalau orang Arab datang ke Malaysia, dia pun tak faham maksudnya (Islam hadhari)," katanya.

Bagaimanapun Perak, sebuah lagi negeri Pakatan Rakyat, belum membuat sebarang keputusan berhubung larangan tersebut.

"Isu menyokong atau tidak Islam hadhari belum timbul lagi (di Perak), tidak dibincangkan," kata pengerusi jawatankuasa tetap agama, pendidikan Islam, wanita dan kebajikan negeri, Mohd Zainuddin Mohd Yusof.

"Kita ada hal lain yang perlu dibuat dan diberikan keutamaan."

Beliau berkata isu tersebut elok diulas oleh mufti Perak.

Sementara itu, Dr Hassan ketika dihubungi Malaysiakini hari ini berkata, keputusan Selangor tidak melibatkan negeri-negeri lain dalam Pakatan."

(Larangan) ini adalah pandangan kita sendiri. Negeri lain (dalam Pakatan), terpulanglah kepada mereka.

"Negeri Selangor bukanlah hendak menjuarai tindakan ini. Biarlah mereka (negeri lain) sendiri yang tentukan," kata, yang juga pesuruhjaya PAS Selangor.

Mengulas lanjut pengharaman itu, katanya: "Kita mengambil keputusan tidak mempromosikan Islam hadhari di sekolah, dalam khutbah Jumaat dan program-program keagamaan."

1 Pandangan

  1. Antara Mata dan Hati - Mari Berfikir // May 28, 2008 at 9:11 AM  

    Dr Hassan Ali menggegarkan Dewan Adun Sgor bila mngeluarkan hujjah pengharaman Islam Hadhari... elok siarkan seluruh hujahnya dalam youtube untuk rakyat melihat dalil dan alasan pengharaman itu....

    PAS kena tunjukkan kat mana haramnya Islam Hadhari ni... adakah pada prinsipnya atau namanya atau istilahnya atau pengamalannya...

    Kata exco pinang yang kelulusan UIAM.. (what's your course at uiam tu)... nak tahu jugak sebab sekadar mengaku uiam tu tak cukup...nak tengok jugak quality dan qualifikasi))
    katanya dalam prinsip Islam Hadhari itu ada yang bercanggah dgn prinsip Islam - nak tahu jugak kat mana haramnya....

    Exco perak... I solut kat u...sebab lebih pentingkan hal-hal lain drpd perkara yang boleh timbulkan perdebatan

    Settlekan dulu perkara yang pokok dalam islam dan perkara nilai mulia dalam Islam... bagaimana nak didik belia negeri supaya fahami islam dan gaya berpakaian serta gaya hidup... haramkan semua hiburan yang melampau diadakan di negeri perak, selangor dan pinang serta kedah

    Tengok mcmana kelantan dibawah tok guru yang lebih pentinghal-hal pokok dalam islam... sampai sekarang tok guru tak haramkan Islam hadhari... sampai perkampungan hadhari boleh dilaksanakan di kelantan 2 kali

    Fikirkanlah?