Iktibar daripada penyelesaian Pedra Branca - Cyberita Online Komentar(Singapura)
SEMANGAT dua negara berjiran, Malaysia dan Singapura, bagi penyelesaian isu pemilikan pulau kecil yang menampung rumah api, Pedra Branca atau Batu Putih, menampilkan rumus huraian penting. Penyelesaiannya menamatkan tengkarah yang telah berpanjangan selama 28 tahun dan kerap menegangkan hubungan.
.
Isu ini merupakan antara sekelumit perkara yang masih tersangkak antara dua negara sejak kemerdekaan Singapura ekoran perpisahan daripada Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965.
.
Namun dengan mengambil pendekatan pragmatik antara perdana menteri Malaysia dan Singapura lebih sedekad lalu, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Encik Goh Chok Tong - mendapatkan budi bicara kearifan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) - isu ini telah dapat diselesaikan. Dan rakyat Singapura seluruhnya tentu gembira dengan keputusan tersebut.
.
Dengan 12 daripada 16 hakim ICJ menyebelahi hujah Singapura, ternyata kes tuntutan republik ini cukup jelas. Walaupun Middle Rocks diserahkan kepada Malaysia, ICJ kurang jelas dalam menentukan kedudukan South Ledge.

Oleh itu, dua negara perlu terus berunding untuk menentukan sempadan milik masing-masing. Tampaknya, suasana di Malaysia dan Singapura tetap muhibah kerana ada lebih banyak kepentingan bersama yang lebih besar perlu dijayakan.
.
Sebelum ini, pendekatan yang sama telah digunakan untuk menyelesaikan isu tuntutan Malaysia dan Indonesia terhadap dua pulau di timur Sabah iaitu Sipadan dan Ligatan, yang menyebelahi Malaysia. Kedua-dua kes ini boleh dijadikan iktibar oleh negara-negara Asean dalam mengatasi tuntutan pulau seperti di gugusan Paracel dan Spratly.

Namun bagi Singapura dan Malaysia khususnya, isu yang masih belum beres seperti soal harga dan bekalan air serta tanah Kereta Api Tanah Melayu, tentulah dapat dihuraikan dengan mengambil iktibar terbaru ini.
.
Dengan bersikap objektif dan budiman, pucuk pimpinan dan rakyat dua negara dapat bergerak maju untuk meneroka kerjasama yang lebih luas tanpa dirantai oleh bebanan sejarah.
.
Namun, perlu diakui bahawa bukan mudah untuk mengawal emosi apabila isu dua negara dijadikan bahan politik. Penglibatan Singapura secara khusus dalam Iskandar Malaysia di Johor, misalnya, telah ditengkarahkan - kononnya warga Singapura akan mengaup hartanah dan meraih keuntungan besar sehingga meminggirkan rakyat Johor sendiri.

Apa yang perlu ditekankan ialah selagi ada perundangan dan mekanisme yang telus serta pelaksanaan tegas, soal kerjasama dua negara tidak perlu diragukan. Yang utama, suasana sama untung perlu dijayakan atas dasar keyakinan demi jangka panjang.
Pandangan CH Ong