Saya telah hadir ke SUHAKAM pada pukul 2.00 petang tadi untuk bersama dengan SUARAM menyerahkan memorandum terhadap isu kematian seorang tahanan ataupun Orang Kena Tahan (OKT) mendiang Goh Yan Peaw yang dikatakan mati akibat terjatuh dalam lokap.
OKT telah diberkas pada 9 Januari 2008 dilokap dan di tahan di Lokap Balai Polis Segamat dan pada 21 Januari 2008 telah mati semasa dalam perjalanan ke hospital. Keluarga OKT hanya dimaklumkan bahawa OKT telah mati setelah 6 jam daripada masa kematiannya.
Pesuruhjaya SUHAKAM telah mengulas tentang perkara ini dan telah memaklumkan bahawa kes ini telah didaftarkan oleh Peguam Negara di Mahkamah Masjistret Segamat dan akan disebut pada 10 Jun 2008 yang akan datang.
Pemuda PAS Johor telah menawarkan khidmat guaman kepada keluarga mangsa setelah mengadakan perbincangan dengan SUARAM Johor.
Saya akan cuba untuk menyiarkan memorandum tersebut di dalam blog ini.
Kita sering mendengar kejadian seumpama ini berlaku,.
Tindakan awal kita dengar penyiasatan akan di lakukan,tapi biasanya keputusan siasatan senyap,.
Mungkin orang ramai lupa,atau ada penyelesaian secara tertutup di lakukan.
Itu yg sering jadi tanda tanya.
Apa pun jika berlaku sebarang kezaliman atau penginayaan,keluarga simati perlu dapat pembelaan sewajarnya,dan pihak yg bertanggung jawab mesti diadili mengikut undang undang yg ada.
Kita mengucapkan syabas kepada pihak PAS,menggerakan usaha memantau,sebagai sumbangan bakti kpd rakyat tanpa mengira kaum dan agama.