Masuk Islam hanya kerana nak berkahwin.

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 5/08/2008 03:51:00 PM | 2 Pandangan »



Mahkamah Syariah benarkan mualaf keluar Islam
May 8, 08 2:58pm

Mahkamah Syariah Pulau Pinang hari ini membenarkan seorang mualaf - Siti Fatimah Tan Abdullah - keluar daripada Islam.

Hakim Othman Ibrahim berkata mahkamah tiada pilihan selain membenarkan permohonan Siti Fatimah, seorang tukang masak, keluar dari Islam dan kembali ke agama asalnya Buddha.

Othman berkata mahkamah tiada pilihan dan mengumumkan Siti Fatihah bukan lagi seorang Islam kerana dia tidak pernah mengamalkan ajaran Islam.

Oleh itu, beliau mengarahkansupaya dibatalkan sijil (Siti Fatimah) memeluk Islam.Siti Fatimah atau Tan Ean Huang, 38, berkata dia tidak pernah mengamalkan ajaran Islam sejak memeluk agama itu pada 1998.

Katanya, dia memeluk agama Islam untuk berkahwin dengan seorang rakyat Iran, Ferdoun Ashanian.

Pasangan itu berkahwin pada tahun 2004 tetapi suaminya telah meninggalkannya. Ekoran itu dia memfailkan permohonan untuk keluar Islam.

Siti gembira
Othman berkata, adalah jelas dari keterangan saksi dan bukti-bukti yang dikemukakan bahawa Siti Fatimah telah kembali mengamalkan ajaran Buddda walaupun selepas memeluk Islam.

Beliau menegur majlis agama Islam negeri kerana tidak memberi khidmatan nasihat dan menjaga kebajikan para mualaf.

Dalam kes ini, tambahnya, adalah jelas majlis tersebut gagal memenuhi tanggungjawab dan akibatnya adalah apa yang berlaku hari ini.Siti Fatimah berkata beliau gembira dengan keputusan mahkamah tersebut.

Katanya, dia merasa lega kerana selepas dua tahun lamanya, kesnya telah dapat diselesai untuk membolehkannya meneruskan kehidupannya.

2 Pandangan

  1. Anonymous // May 9, 2008 at 5:01 PM  

    Susah nak kata apa. Memalukan Islam. Namun kalau dilihat, akan lebih memalukan kalau terus dibiarkan kekal memeluk Islam sedangkan dia tidak mengamalkan amalan dan ibadah Islam. Seeloknya dicegah dari awal dengan tidak membenarkan bukan Islam memeluk Islam atas sebab nak kahwin. Dah orang Islam yang nak dikahwininya itu pula hendaklah mampu membimbingnya mengikut ajaran Islam. Mualafaf harus dijaga kebajikan mereka agar tidak timbul kesal di hati mereka memeluk Islam. Apa pun yang tidak kurang pentingnya untuk dijaga ialah orang yang asli Islam tapi berperangai seperti bukan Islam.

  2. Mujahidah SMNS // May 10, 2008 at 8:18 AM  

    assalamualaikum.

    betapa mudahnya perkara ini. seolah memang dah tiada lagi perlaksanaan hukum agama.

    apalah reaksi 'tokoh-tokoh agama' yang duduk di tempat mewah berhawa dingin berjawatankuasa selesa. manalah perginya ilmu kalian. pertanggungjawabkanlah dihadapan ALLAH kelak.

    semua ini kena tangani agar mereka tak semudah itu. tapi apa yang ana lihat, gembiranya seorang peguam islam yang disebelah wanita yang keluar dari agama itu...

    "apa sudah terjadi
    manusia di zaman ini"

    meminjam kata-kata kumpulan nasyid..

    apapun kita rakyat yang di bawah, teruskan perjuangan tegakkan Yang Maaruf. Cegah Yang Mungkar.

    insya`allah, kita mulakan pelihara, masyarakat Islam kita,yang berdekatan hingga seterusnya meluaskan dengan ke khalayak sewajarnya.

    TAKBIIR!!!!!!