Masalah Rakyat - Terminal BAS Kluang

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 5/05/2008 09:25:00 AM | 0 Pandangan »


Air hujan (dalam kurungan) turun daripada lubang khas daripada tingkat atas terus melimpah ke atas bas ekspress.

Sebelum saya menaiki bas ke Kuala Lumpur, saya sempat meninjau dan bertemu bual dengan perniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan di bahagian atas Terminal Bas Kluang. Saya memantau projek terbengkalai yang sebelum ini pernah diadukan kepada Majlis Perbandaran Kluang ketika musim pilihanraya yang lalu.

Kebetulan hujan turun dengan lebatnya ketika ini dan saya sempat mengambil gambar bagaimana air hujan disalurkan turun daripada tingkat atas hanya melalui saluran yang turun betul-betul di atas bas Ekspres yang saya sedang naiki ketika ini.

Saya terkejut, begitu juga dengan orang ramai yang berada di sekitar kawasan itu kerana sepatutnyaa ir hujan tersebut disalirkan melalui saluran yang dibina khas seperti saluran longkang ataupun paip.

Begitu juga dengan keadaan kebocoran di tingkat atas bahagian gerai makan terkena tempias air daripada bumbung yang bocor. Bayangkan, perniaga-perniaga terpaksa menyediakan payung kerana setiap kali hujan turun, pengunjung akan terkena air hujan.

Saya akan susuli isu ini selepas pulang dari KL, insya Allah.
Khairul Faizi Ahmad Kamil
5 Mei 2008, 9.46 pagi

0 Pandangan