Najib Tun Razak Tak Layak Jadi PM - Tun Dr Mahathir

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 4/01/2008 08:16:00 PM | 1 Pandangan »

Nampaknya Tun Dr Mahathir bukan sahaja kecewa dengan Pak Lah sebagai PM tetapi beliau juga sudah kecewa dengan pemimpin harapan beliau, Datuk Sri Najib Tun Razak. Walaupun sebelum ini TDM telahpun mengeluarkan kenyataaan bahawa perjanjian beliau dengan Pak Lah bahawa Pak Lah hanya akan menjadi PM selama sepenggal sahaja dan selepas itu di serahkan kepada Najib tetapi nampaknya TDM sudah hilang kepercayaan terhadap Najib Razak.

Mana tidaknya, Najib Razak adalah pemimpin yang cukup takut untuk menyatakan sikap terhadap perkembangan semasa sehinggakan beliau terus menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Pak Lah.

Mungkin Najib cukup takut akan menerima nasib yang sama seperti Datu
k Sri Anwar Ibrahim yang ‘diterajang’ keluar daripada UMNO/BN maka beliau cuba untuk berselindung disebalik rasa keinginan beliau mengambil alih tampok kepimpinan UMNO.

Persoalannya, siapa pula calon harapan TDM untuk memimpin UMNO? Adakah beliau sendiri akan menawarkan diri ataupun nama-nama seperti Tengku Razaleigh Hamzah dan anak beliau sendiri dilihat sebagai pengganti yang paling sesuai?

Namun, saya melihat bahawa UMNO bukan sahaja ketandusan pemimpin tetapi perjuangannya telahpun berada di penghujung jalan. UMNO sedang dipimpin oleh golongan yang hanya memikirkan kepentingan diri sendiri lebih daripada kepentingan orang Melayu.

Masalah yang dihadapi oleh UMNO pada hari ini bukannya perkara baru malah ia telahpun berlaku sejak zaman TDM menjadi Presiden UMNO lagi, cuma Pak Lah bertindak meneruskan lagi keparahan dalaman UMNO.

Cukuplah, marilah bersama PAS dan Barisan Rakyat.
.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
1 April 2008, 8.21 malam

1 Pandangan

  1. Hasbullah Pit // April 1, 2008 at 9:48 PM  

    s/Barisan Rakyat/Pakatan Rakyat