Ini semua Kerja Khairy!

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 4/01/2008 08:26:00 PM | 0 Pandangan »

Nampaknya Tun Dr Mahathir terus menyerang Khairy Jamaluddin (KJ) dan terbaru, TDM meletakkan kekalahan UMNO/BN dalam pilihanraya Umum ke 12 d atas kesalahan KJ menukarkan senarai nama calon BN.

Perkara ini bukanlah perkara yang baru kedengaran tetapi ia sudah pun diketahui ramai. KJ cukup berpengaruh untuk 'menasihatkan' Pak Lah dalam banyak perkara dan nasihat KJ akan diberikan keutamaan untuk dilaksanakan.

Itulah kelebihan yang ada pada KJ dan kekurangan terlampau yang ada pada Pak Lah. Semua orang telah bercakap tentang KJ tapi Pak Lah tetap 'selamba' sahaja, seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.
------------------------------------------------------

Mahathir: Khairy tukar calon BN - Malaysiakini
Apr 1, 08 2:43pm
.
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menuduh menantu perdana menteri Khairy Jamaluddin mempengaruhi senarai calon-calon BN menjelang hari penamaan calon akhir Februari lalu.
.
"Siapa yang tukar (nama calon)? Siapa yang duduk bilik sebelah?" katanya, dengan melambangkan secara sinis naib ketua Pemuda Umno itu sebagai penasihat di istana "duli yang maha mulia sultan (Datuk Seri) Abdullah (Ahmad Badawi) shah".
.
Dr Mahathir berkata akibat campur tangan Khairy itu, ramai calon penting Umno tidak dapat bertanding dalam pilihanraya 8 Mac lalu dan mereka digantikan dengan muka-muka baru.
.
"Ramai jaguh-jaguh Umno tidak dapat bertanding, orang baru diberikan tempat."
.
"Inilah reformasi baru ala KJ," katanya, disambut sorakan dan tepukan gemuruh kira-kira 1,000 peserta.
.
Bekas perdana menteri itu berucap selepas forum 'Umno Pasca Pilihanraya ke-12: Satu Penilaian', anjuran kumpulan penyokong parti itu MyKmu.net, di sebuah hotel tengah hari ini.

0 Pandangan