Pemilihan kepimpinan parti UMNO akan berlaku pada bulan Disember yang akan datang. Sudah pastinya, gerakerja untuk berkempen telah bermula untuk mencantas yang mana yang sudah tua dan membuang mana yang telah mati.
Bila membaca beberapa berita secara online dalam melalui internet ini saya melihat bahawa berita tentang pemilihan UMNO sudah menjadi agenda utama selain 'menghentam' mana-man perkara yang dilihat dapat menunjukkan kepada rakyat betapa lemahnya kerajaan Pakatan Rakyat.
Berita berkaitan dengan kuota pencalonan, pemimpin yang menawar diri untuk bertanding dan tidak bertanding, siapa yang lebih layak dan sebagainya dipaparkan dalam media secara online ini. Saya dapat merasakan bahawa sehinggalah pemilihan UMNO nanti, semakin banyak berita seumpama ini akan disiarkan.
Kita, terutamanya penganalisis, pemerhati dan bloggers politi perlu berhati-hati dalam dalam mengulas isu yang berkaitan dengan UMNO kerana dibimbangi ia akan mengheret kita ke arah yang tidak memberikan keuntungan kepada kita.
Walau bagaimanapun, saya bukan menyebut bahawa kita perlu tinggalkan terus perkembangan politik UMNO ini kerana tanpa bloggers yang mengkritik ini, UMNO akan terus selesa dengan dunianya.
Wassalam
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
13 April 2008, 7.02 pagi
Taman Renggam Jaya, Simpang Renggam
0 Pandangan
Post a Comment