Saya bukan tahu tempah tiket, bilik hotel...- Dr Chua Soi Lek

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 1/04/2008 07:59:00 AM | 0 Pandangan »

Timbul rasa kasihan terhadap seorang pemimpin tua daripada MCA yang telah meletakkan jawatan baru-baru ini. Lahir rasa kasihan bukan kerana aktiviti seks bebas yang telah beliau lakukan dalam VCD yang diedarkan tersebut tetapi kasihan dengan nasib beliau selepas menjadi rakyat biasa.

Jawatan dalam kerajaan dan politik telah dilepaskan, keluarga yang terhiris hati kemungkinan menjauhkan diri dan kemungkinan juga akan hilang pangkat Datuk dan sebagainya.

Bila terbaca berita dibawah ini, rasanya agak sukar Dr Chua untuk memulakan hidup baru. Atas alasan beliau yang telahpun 18 berkecimpung dalam medan politik, beliau seolah-olahnya hidup dikayangan sehingga pelbagai perkara diuruskan oleh orang lain untuk dirinya yang sibuk sehingga untuk menempah bilik hotel dan tiket pun tidak tahu bagaimana caranya.

Menjadi pemimpin politik bermakna segala-galanya diuruskan oleh orang lain, falsafah daripada seorang bekas menteri bernama Chau Soi Lek dan mungkin sama sahaja pemimpin politik dalam pemerintah pada hari ini dengan alasan yang sama...sibuk dengan tugas-tugas sentiasa.

Sekadar untuk berkongsi pengalaman orang lain, mungkin kita dapat mencontohi kehidupan Ketua Pemuda PAS Malaysia pada hari ini yang masih lagi menjadikan bas ekspress sebagai Pengangkutan utama untuk berulang-alik sama ada daripada Kuala Lumpur ke Kelantan ataupun daripada Kuala Lumpur ke Johor dan juga ke destinasi yang lain.

YB Salahudin pernah berkata, "harga tiket bas ekspress jangan tipu saya" kerana itulah kenderaan rasmi yang biasa beliau gunakan. Andai kata beliau tidak lagi menjadi Ahli Parlimen pada satu hari nanti, mungkin alasan "Saya bukan tahu tempah tiket, bilik hotel..." seperti yang dinyatakan oleh Dr Chua semalam tidak akan berulang lagi.

Khairul Faizi Ahmad Kamil
-----------------------------------------------------------------

Chua: Akhbar bantu bunuh karier politik saya - Malaysiakini
Jan 3, 08 7:41pm

Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek mendakwa pihak akhbar membantu membunuh karier politiknya kerana sentiasa melaporkan bahawa beliau adalah pencabar kepada presiden dan timbalan presiden.

"Ini bertambah buruk disebabkan akhbar. Akhbar sentiasa melaporkan bahawa Dr Chua ialah pencabar terhadap timbalan presiden, terhadap presiden.

"Akhbar membantu membunuh karier politik saya, secara jujur...jadi kebenaran ialah mata pena itu lebih tajam daripada pedang," katanya.

Tanpa menuding jari kepada sesiapa, Dr Chua, seorang doctor perubatan, berkata beliau tidak berapa senang dengan "sikap sesetengah pemimpin dalam politik" tetapi ini tidak penting lagi kerana ia telah menjadi sejarah, demikian menurut laporan Bernama.

Ditanya jika beliau tahu musuh politiknya, Dr Chua menjawab dengan cepat dan tajam:

"Orang yang berprasangka buruk dengan saya ialah orang yang akan mendapat kejayaan daripada berprasangka buruk dengan saya."Ini Chua Soi Lek. Saya tidak akan berubah. Orang kata saya angkuh tetapi saya tidak fikir saya angkuh. Saya hanya beritahu anda perkara sebenarnya," kata beliau.

Dengan memberikan nasihat kepada bakal Menteri Kesihatan, kata beliau: "Jika anda naik terlalu cepat, anda mungkin terdedah kepada spekulasi...ini adalah realiti dalam politik."

"Saya setuju apabila sesetengah orang mengatakan ini ialah Menteri Neraka, bukan kerana kerja di kementerian itu tetapi disebabkan sistem politik, tetapi jika anda bekerja keras, orang ingat anda bercita-cita tinggi dalam politik atau anda ada agenda politik," katanya kesilapan besarnya sejak datang ke Kuala Lumpur ialah "untuk melaksanakan tugas saya sebagai Menteri Kesihatan dan naib presiden MCA".

Banyak spekulasi

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan dan semua jawatan parti semalam setelah mengakui bahawa beliau adalah lelaki dalam aksi seks rakaman DVD, salinan cakera itu disebar luas di Johor.

Ahli politik berusia 60 tahun itu berkata lawatan beliau untuk memeriksa kemudahan kesihatan di seluruh negara dan menemui anggota akar umbi parti memberikan spekulasi bahawa beliau ada agenda politik, dan menjadi sasaran orang ramai untuk menjatuhkan karier politiknya.

"Sebagai Menteri Kesihatan dan naib presiden MCA, saya terpaksa pergi ke seluruh negara untuk mengetahui kemudahan perubatan dan membolehkan ahli MCA mengenali saya kerana saya adalah muka baru dalam politik peringkat nasional..Katanya, oleh kerana beliau menemui ahli parti semasa membuat lawatan ke hospital-hospital, "banyak spekulasi bahawa saya ada agenda dan saya bercita-cita tinggi ...saya fikir itulah kesilapan terbesar saya," kata Dr Chua.

Katanya, apabila berpindah ke peringkat persekutuan, beliau mahu melawat dan melihat semua hospital di negara untuk "mengetahui keadaan sebenar dan di mana-mana anda pergi, anda akan bertemu dengan ramai anggota parti."

"Jadi ramai orang berprasangka buruk mengenai pergerakan saya, kenapa orang ini bekerja keras jumpa ahli...jadi beliau mestilah ada agenda politik. Dia mestilah bercita-cita tinggi," katanya.

Dr Chua berkata beliau memahami realiti politik di negara bahawa apabila "anda bukan lagi seorang pemimpin politik, orang mungkin lupakan anda atau menjauhi anda." Preskripsi salah"Kadang-kadang orang mungkin tidak mengenali anda lagi....saya telah lihat dengan mata saya sendiri bekas menteri yang menghadiri satu majlis tidak ada tempat duduk," kata bekas anggota Parlimen Labis itu.

Ditanya jika beliau akan berehat selepas episod pahit ini, Dr Chua berkata beliau akan bercuti rehat kerana ini bukanlah "yang menyayatkan."

"Adalah salah jika anda mengatakan apabila anda sangat terkilan anda hendaklah pergi bercuti. Itu salah...ia adalah preskripsi salah kerana apabila seseorang yang sangat terkilan dan pergi bercuti, beliau ada banyak masa untuk memikirkan dan membuat spekulasi dan yang akan meremukkan lagi perasaan ... bagi saya, saya tidaklah sangat terkilan.

"Saya telah mendedahkan kehidupan peribadi saya kepada semua 26 juta rakyat Malaysia mengenai kehidupan peribadi saya. Apa yang disedihkan. Saya telah meletakkan jawatan daripada semua jawatan kerajaan dan jawatan parti, apa lagi mereka mahu.

"Mereka tidak mungkin mengambil nyawa saya kerana perjuangan politik Malaysia bukanlah sesuatu pertempuran untuk hidup atau mati seperti di Pakistan," kata beliau.

Ditanya jika beliau akan melawat seluruh negara untuk menemui ahli akar umbi MCA, Dr Chua berkata beliau tidak akan berbuat demikian melainkan jika dijemput untuk sesuatu majlis.

"Mereka (pemimpin akar umbi) mestilah memahami jika saya melawat sekarang saya akan gunakan wang sendiri. Saya terpaksa memanggil dan menempah (penerbangan dan bilik hotel).Kemas pejabat"Saya bukan tahu tempah tiket, bilik hotel...itulah kebenaran kerana saya telah menikmati kemudahan kerajaan ini sejak 18 tahun lepas.

"Sejak saya menjadi Exco Johor sehingga sekarang...tetapi OK.

Saya akan melakukannya sedikit demi sedikit. Itu sebahagian daripada kehidupan dan kini saya akan bergerak ke peringkat seterusnya. Lagipun, masih ada kehidupan selepas politik.

"Jika ada jemputan, saya akan pergi itu pun jika ada orang yang masih mengingati saya," katanya.

Dr Chua berkata beliau ke Kementerian Kesihatan hari ini untuk mengemas barang-barang peribadinya kerana Menteri Kesihatan baru mungkin menggunakan pejabat itu mulai Isnin ini.
Beliau juga mengulangi bahawa pengedaran DVD seks bukan disebabkan persaingan perniagaan kerana beliau tidak pernah terbabit dalam perniagaan.

"Ia tidak ada kaitan dengan perniagaan kerana saya tidak terlibat dalam perniagaan...ia tidak ada kaitan dengan wang kerana tidak ada siapa yang meminta wang daripada saya...jadi yang lain biarlah orang memikirkannya.

"Siapa musuh saya, saya sebenarnya tidak tahu. Tetapi saya seorang ahli politik dan ahli politik ada musuh dan penyokong, ini tidak ada siapa yang boleh menafikan.

"Tetapi seperti yang pernah saya katakan, saya tidak akan meneruskan ini (merakam dan mengedar DVD) kerana ia tidak ada kesudahan. Saya tidak tahu siapa yang buat."Polis juga menghadapi kesukaran kerana ia dibuat kira-kira lapan bulan lepas...jika anda lihat pita itu, tarikh ada juga.

"Polis telah meminta beliau memberikan kenyataan mengenai perkara itu apabila saya ada masa," tambah Dr Chua.

0 Pandangan