Menyelak Sejarah Kebiadaban J.W.W. Birch - Azizi Abdullah

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 1/12/2008 12:20:00 AM | 0 Pandangan »

Tidak ramai orang melihat, apa lagi menulis tentang kebiadaban individu-individu barat, terutama yang menjawat jawatan selama menjadi penjajah di rantau ini, termasuk Malaya.


Ramai yang menganggap sejarah adalah pencatat dan sejarah adalah prilaku masa lampau, tetapi tidak berani menterjemahkannya sebagai kebiadaban seorang pegawai Inggeris setelah melihat peranan mereka di rantau ini.

Salah seorang yang tersangat biadap terhadap institusi raja, bangsa Melayu dan adat istiadat ialah J.W.E. Birch. Dan paling menarik dalam peristiwa ini, rupa-rupanya sudah berlaku koyak mengoyak poster, tarik menarik poster di kalangan orang upahan dengan pihak tertentu.

Jadi, jika berlaku koyak mengoyak poster, orang yang diupah memanjat pokok menampal poster, apakah ianya berulang seperti zaman J.W.W. Birch?

Siapa J.W.W. Birch?

Nama penuhnya James Wheeler Woodford Birch (3 April 1826 - 2 November 1875) Birch merupakan Residen British pertama di Perak.Residen JeneralPada 1896, pihak British telah menyatukan pentadbiran semua negeri itu menjadi gabungan Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang diketuai oleh Residen Jeneral.

Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi British Negeri-negeri Selat.Selepas 1911, jawatan Residen Jeneral telah digantikan oleh Ketua Setiausaha Negara. Pada 1936 jawatan ini pula digantikan dengan Setiausaha Persekutuan.Pernah berkhidmat dengan Tentera laut Di Raja British, ditugaskan di atas kapal HMS Alfred yang meronda pantai di Amerika Selatan.

Ertinya Birch adalah seorang tentera yang diasuh oleh laut, dipengaruhi oleh keganasan ombak dan berhati kering dengan kepanasan samudera. Kemudian pernah berkhidmat sebagai:

Oktober 1867 Pemangku Wakil Kerajaan dan Pemungut Cukai, Wilayah Timur. Perlantikan disahkan dalam bulan Jun 1868.
Mei 1870 to 1874 – Setiausaha Kolonial, Negeri-Negeri Selat.

Tapi dalam keadaan segar bugar dia menemui ajal ketika menjadi Residen British Pertama di Perak. Dia dibunuh oleh orang-orang Melayu yang menentang penjajahan British.Hal ini juga tidak banyak huraian sejarah menggelarkan orang Melayu yang menentang itu dianggap sebagai ‘pahlawan’ sebaliknya sebagai penderhaka.
Bacaan lanjut, sila klik http://aziziabdullah.blogspot.com/

0 Pandangan