Pemimpin Politik Dalam DVD Aksi Seks

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 12/31/2007 08:01:00 AM | 0 Pandangan »

DVD ‘aksi seks pemimpin politik’ disebar di Batu Pahat - Utusan Malaysia


MUAR 30 Dis. – Cakera padat digital (DVD) yang didakwa mengandungi ade gan hubungan seks antara seorang pemim pin politik nasional berasal dari Johor dengan seorang wanita berusia 20-an kini tersebar di Muar dan Tangkak sejak semalam.
Selepas penyebaran meluas secara per cuma di Muar kelmarin, DVD tersebut dikatakan mula disebarkan pula ke daerah Batu Pahat hari ini.
Rakaman hubungan seks itu yang diam bil menerusi kamera litar tertutup (CCTV) selama sejam dipercayai dirakamkan di dalam sebuah bilik hotel.
Bagaimanapun, lokasi hotel itu tidak diketahui.
Sejak laporan mengenai DVD itu tersiar dalam beberapa akhbar berbahasa Cina hari ini, DVD tersebut dikatakan ‘disembu nyikan’ oleh para pengedar kerana bim bang tindakan polis.
DVD itu mengandungi dua bahagian iaitu A dan B yang diedar secara percuma di beberapa lokasi sejak malam semalam.
Bahagian A memaparkan aksi lucah hu bungan seks antara seorang lelaki yang didakwa sebagai pemimpin politik dengan seorang wanita menggunakan satu kamera CCTV.
Bahagian B pula menayangkan rakaman hubungan seks dari empat penjuru dari pada kamera CCTV berlainan melibatkan ‘pelakon’ yang sama.
Berdasarkan gerak tubuh dan bayangan dalam DVD itu, masyarakat di Muar per caya ia hampir 70 peratus menyerupai wajah pemimpin politik tersebut.
Namun, percakapan serta wajah pemim pin itu dari dekat tidak begitu jelas digam barkan di dalam DVD itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Johor, Datuk Hussin Ismail yang dihubungi Utusan Malaysia petang ini memberitahu, pihaknya masih belum me nerima sebarang laporan berhubung pe nyebaran DVD itu.
“Sehingga petang ini belum ada laporan yang diterima, justeru kita tidak boleh siasat dan buat apa-apa kenyataan setakat ini,” katanya- Utusan

-------------------------------------------------

DAP minta Perdana Menteri siasat video lucah - Utusan Malaysia
PETALING JAYA 30 Dis. – DAP meminta Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melakukan siasatan penuh dan memberi penjelasan berhubung kes video lucah yang didakwa melibatkan seorang ahli politik terkemuka tempatan seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina hari ini.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, penjelasan daripada Perdana Menteri adalah amat penting bagi mengelakkan kepimpinan Barisan Nasional dipandang remeh dan ‘kotor’.

‘‘Lagipun perkara ini membabitkan seorang ahli politik berprofil tinggi. Jika dakwaan itu salah, tindakan patut diambil ke atas mereka yang mengedarkannya (video lucah) dan seterusnya membersihkan nama ahli politik itu.

‘‘Tetapi jika dakwaan tersebut benar, tindakan tegas patut diambil ke atas ahli politik tersebut,” kata Guan Eng pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, penjelasan daripada Perdana Menteri amat penting untuk membuktikan ketelusan kepimpinan Barisan Nasional.

Menurut Guan Eng, gerak-geri ‘watak’ utama dalam video itu adalah sangat mirip dengan ahli politik yang dimaksudkan.

‘‘Apa yang boleh saya dedahkan di sini ialah ahli politik yang didakwa ‘membintangi’ video lucah tersebut bukan daripada kalangan mana-mana parti pembangkang,” tambahnya.

Menurut laporan akhbar Cina itu, cakera padat digital (DVD) lucah itu mengandungi perlakuan seks disyaki antara seorang ahli politik terkemuka tanah air dengan pasangannya, seorang wanita penjual bunga.

Katanya, dua keping DVD yang dimaksudkan itu dijumpai di hadapan sebuah premis rumah kedai di Muar semalam bersama sekeping kertas yang tertera nama ahli politik yang didakwa.

Laporan tersebut turut menyebut bahawa VCD itu telah disebar secara meluas di Muar dan beberapa daerah di Johor sejak beberapa hari lalu.

-----------------------------------------------

0 Pandangan