10 Berita Terpenting 2007 - Malaysiakini

Nukilan Khairul Faizi bin Ahmad Kamil | 12/31/2007 08:09:00 AM | 0 Pandangan »

10 berita terpenting dalam 2007
Dec 29, 07 4:25pm


1. Correct, correct, correct


ISU: Correct, correct, correct, ya, ya, ya! Berita paling popular tahun ini sudah tentunya pendedahan klip video Lingam oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Klip selama 14 minit itu, yang dikatakan dirakamkan pada tahun 2002, menunjukkan perbualan telefon peguam kanan, Datuk VK Lingam mengenai pelantikan hakim-hakim.

Dia didakwa berbual dengan Hakim Besar Malaya ketika itu - jawatan No 3 badan kehakiman - Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim Omar, yang kemudiannya menjadi Ketua Hakim Negara.

Dakwaan tersebut telah mencetuskan kemarahan sehingga kira-kira 2,000 peguam mengadakan 'Perarakan untuk Keadilan' sejauh 3.5km untuk menuntut supaya disiasat dakwaan rasuah dalam badan kehakiman.

Walaupun digesa pelbagai pihak, kerajaan pada mulanya keberatan untuk menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat dakwaan tersebut. Sebaliknya, kerajaan menubuhkan sebuah panel tiga anggota untuk menyiasat ketulenan klip video tersebut.

Bila tidak timbul lagi persoalan mengenai ketulenannya, maka kerajaan bersetuju menubuhkan jawatankuasa diraja, walaupun banyak pihak mengkritik pemilihan anggotanya serta bidangkuasanya yang terhad.

Ahmad Fairuz bersara pada 31 Oktober selepas tempoh perkhidmatan lanjutannya tidak dilanjutkan, walaupun beliau telah membuat menafikan sebarang pembabitannya dalam klip video tersebut. Ahmad Fairuz membuat penafian itu menerusi , Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Anwar kemudiannya mendedahkan keseluruhan klip video tersebut pada 14 Disember lalu. Manakala adik lelaki Lingam pula mendakwa peguam tersebut rapat dengan hakim-hakim.

Lingam bagaimanapun enggan mengulas tetapi menyatakan kesediaannya untuk memberi keterangan kepada suruhanjaya diraja.

APA SETERUSNYA: Mungkin, penjelasan mengenai apa yang sebenarnya berlaku di sebalik pelantikan hakim dalam badan kehakiman. Harap-harap ia tidak ditimpa nasib yang sama seperti apa yang berlaku terhadap Suruhanjaya Diraja Polis.

2. Kemunculan Hindraf

ISU: Hindraf (Hindu Rights Action Force) selama ini tidak dikenali sehinggalah badan tersebut yang diketuai oleh peguam P Uthayakumar dan adiknya Waythamoorthy, muncul memperjuangkan isu-isu yang melanda masyarakat India di peringkat akar umbi di negara ini.

Dari dakwaan kekejaman polis dan kes kematian ketika dalam tahanan, dua adik beradik ini juga menumpukkan perjuangan mereka kepada isu peminggiran dan diskriminasi kaum India. Selaras dengan hak kebebasan beragama, mereka turut menentang perobohan kuil-kuil Hindu di negara ini.

Mereka mendapat sokongan masyarakat dan ini dapat dilihat apabila kira-kira 2,000 kaum India berkumpul di Putrajaya untuk menyerahkan memorandum mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat tersebut.

Waythamoorthy kemudiannya melancarkan kempen di peringkat antarabangsa dengan memfail saman RM14 trilion terhadap kerajaan British kerana membawa rakyat India ke Malaysia untuk menjadi buruh dan kemudiannya gagal memberi mengambil kira kepentingan mereka ketika Perlembagaan Persekutuan dirangka.

Dua adik beradik itu, bersama-sama dengan para peguam berketurunan India yang lain, mengadakan penjelajahan ke seluruh negara untuk menjelaskan mengenai saman tersebut dan berhubung hasrat Hindraf untuk menghantar petisyen kepada Ratu Elizabeth supaya melantik peguam diraja bagi mewakili rakyat India Malaysia, dalam saman tersebut.

Pada 29 Oktober, kira-kira seminggu sebelum perayaan Deepavali, sebuah kuil lama di Kampung Rimba Jaya di Padang Jawa, Selangor, telah dirobohkan dalam operasi Majlis Bandaraya Shah Alam ketika membersihkan perkampungan setinggan dan sebuah surau di situ.Insiden itu telah mencetus kemarahan kaum India.

Malah Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu turut bergegas ke tempat kejadian.

Pada 25 November, kira-kira 30,000 kaum India menghadiri perhimpunan rakyat anjuran Hindraf di ibunegara untuk menyerahkan petisyen tersebut kepada Suruhanjaya Tinggi British.

Polis bertindak menggunakan gas pemedih mata dan tembakan air kimia untuk menyuraikan mereka. Ekoran itu, puluhan mereka yang menyertai perhimpunan itu didakwa di mahkamah.

Mereka didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan haram dan melakukan khianat, manakala sebahagian lagi turut menghadapi tuduhan cubaan membunuh (tetapi tuduhan itu digugurkan kemudiannya).

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kemudiannya mengadakan pertemuan khas dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dari kalangan masyarakat India untuk mendengar masalah yang dihadapi kaum tersebut.

APA SETERUSNYA: Apa yang nyata ialah beliau mesti berusaha untuk menangani masalah yang dihadapi kaum India yang kini tidak mahu lagi terus berdiam diri.

3. Tuntutan Bersih untuk pilihanraya bersih dan adil

ISU: Apa yang diminta oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) hanyalah sistem pilihanraya yang bebas dan bersih.Gabungan 67 badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti pembangkang itu aktif mendapatkan sokongan rakyat serta melobi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) supaya melaksanakan idea-idea tersebut.

Sejak awal tahun ini, beberapa perjumpaan diadakan dengan SPR dan Bersih turut menjelajah seluruh negara untuk mendidik rakyat mengenai pilihanraya yang adil dan bersih di Malaysia.

Usaha mereka menampak hasil apabila SPR setuju melaksanakan penggunaan dakwat untuk mengelak perbuatan mengundi berulangkali serta menggunakan kotak undi telus cahaya dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Namun, ianya hanya sebahagian sahaja daripada tuntutan Bersih.

Bila Bersih mahu mengadakan ceramah di Kuala Terengganu September lalu, polis bertindak menutup semua jalan ke tempat ceramah. Dan dalam pertembungannya dengan orang ramai yang mahu menghadiri ceramah tersebut, dua orang cedera terkena tembakan peluru hidup.

Namun ia tidak melemahkan semangat Bersih. Pada 10 November Bersih menganjurkan perhimpunan rakyat di ibunegara yang berdepan dengan tembakan gas pemedih mata dan pencutan air kimia. Kira-kira 40,000 orang berhimpun di depan Istana Negara di mana petisyen diserahkan kpada wakil Yang di-Pertuan Agung.

Ini diikuti dengan penyerahan satu lagi memorandum kepada Perdana Menteri - melalui ahli Parlimen pembangkang yang turut menyaksikan kekecohan berlaku di bangunan Parlimen pada 11 Disember apabila polis menutup semua jalan masuk ke situ. Memorandum yang sama turut diserahkan ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya . Bersih membantah pindaan perlembagaan untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan pengerusi SPR setahun lagi.

APA SETERUSNYA: Bersih berikrar untuk meningkatkan lagi tekanan untuk pembaharuan pilihanraya bagi membanteras dakwaan penyelewengan seperti perbuatan membeli undi dan penipuan lain dalam pilihanraya umum akan datang, yang diramal diadakan seawal bulan Mac.

4. Kisah kegigihan Ramli Manan

ISU: Dalam memenuhi 'tugasnya untuk negara' bekas pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Ramli Manan telah melakukan sesuatu yang akhirnya telah menjatuhkan bosnya.

Bekas pengarah BPR Sabah itu telah membuat beberapa dakwaan terhadap Ketua Pengarah BPR ketika itu, Datuk Zulkipli Mat Noot - dari dakwaan rasuah hinggalah kepada salahlaku seksual.

Ramli menghantar laporan yang mengandungi dakwaan tersebut kepada Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Peguam Negara, Ketua Audit Negara dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, tetapi semuanya tidak membawa sebarang hasil.

Bagaimanapun, ia 'meletup' selepas Gerakan Demokrasi dan Anti-Rasuah (Gerak) mendedahkan kandungan laporan itu tersebut pada bulan Febuari tahun ini.

Dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Ramli berkata, enam tahun sebelum persaraannya, beliau telah "dibekukan" kerana usahanya yang tidak jemu-menyiasat tuduhan rasuah terhadap bekas Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi, Datuk Kasitah Gaddam pada 2000.

Ramli juga berkata, beliau terus menjadi mangsa apabila bayaran gaji dan pencennya ditahan dan beliau telah memfailkan saman berhubung perkara itu.

Ekoran pendedahan tersebut, perkhidmatan Ramli yang telah dilanjutkan dua kali sejak beliau mencapai umur bersara pada tahun 2005, telah ditamatkan pada 31 Mac lalu. Bagaimanapun, empat bulan kemudiannya, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah membersihkan nama Zulkifli daripada semua tuduhan rasuah terhadapnya.

APA SETERUSNYA: Menunggu reaksi seterusnya kerajaan bila lebih ramai 'whistleblower' tampil membuat pendedahan.

5. Rakyat bimbang jenayah meningkat

ISU: Dalam separuh tahun pertama, jumlah kes jenayah telah mencecah 87,582 - meningkatkan 7,006 kes berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Ia termasuk 1,057 laporan kes rogol, kes rompakan di lebuhraya dan kejadian ragut yang mengakibatkan kecederaan dan kematian.

Dalam bulan Jun, kira-kira 200 berhimpun di depan kediaman Menteri Besar Johor kerana membantah kejadian jenayah yang semakin meningkatkan di negeri tersebut.

Ekoran itu, kabinet mengarahkan polis menghantar anggota tambahan ke Johor. Kabinet juga meluluskan pembinaan 11 stesen polis yang baru di negeri itu.

Pada bulan yang sama, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Johari Baharum juga jaminan bahawa pihak polis sedang memantau keadaan jenayah dengan serius dan kerajaan juga akan mengambil langkah sewajarnya. Manakala Kakus Parlimen mengenai Hak Asasi Manusia menganjurkan sesi awam pada bulan Julai untuk membantu polis menangani jenayah.

Ia diadakan di tiga negeri - Selangor, Johor dan Pulau Pinang - untuk membolehkan orang ramai menyuarakan masalah dan rasa tidak puashati mereka, tetapi pihak media dibenarkan membuat liputan.

Badan pemikir - Merdeka Centre - telah mengadakan tinjauan pendapat, dan hasilnya yang diumumkan pada bulan Ogos mengesahkan apa yang sudah diketahui oleh orang ramai.

APA SETERUSNYA: Pihak polis diharapkan menumpukan perhatian membanteras jenayah, daripada bertindak keras terhadap orang ramai yang memprotes menuntut hak perlembagaanan mereka.

6. Kekeliruan dalam isu agama

ISU: Konflik mengenai isu-isu agama terus menjadi tajuk utama, termasuk beberapa kes yang berlanjutan dari tahun lalu. Pokok pendebatannya adalah sama ada mahkamah sivil mempunyai bidangkuasa ke atas perkara yang berkaitan dengan undang-undang syariah. Ia juga dikaitkan dengan isu kebebasan beragama.

Dalam kes Lina Joy, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa isu pertukaran agama adalah dalam bidangkuasa mahkamah syariah. Satu lagi adalah mengenai kes M Revathi, yang dilahirkan sebagai seorang Islam tetapi dibesarkan mengikut agama Hindu dan bersuamikan seraong Hindu - yang menceritakan paksaan yang dikenakan ke atasnya sewaktu ditempatkan di pusat pemulihan akidah Islam.

Dalam bulan ini, Mahkamah Persekutuan membuat satu lagi keputusan bahawa kes perceraian R Subashini, yang suaminya memeluk Islam bersama seorang anak lelakinya, adalah dalam bidangkuasa mahkamah sivil. Keputusan majoriti 2-1 itu juga memutuskan bahawa suaminya boleh menukar agama anaknya tanpa perlu memaklumkan kepada ibunya.

Manakala sebuah persidangan antara agama peringkat global dibatalkan pada saat-saat akhir - dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menarik diri daripada menyampaikan ucapan dasarnya, sekaligus mencetuskan kritikan sama ada kerajaan benar-benar mengamalkan sikap toleransi beragama seperti yang didakwanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak memanaskan suasana apabila beliau menyatakan bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular.

APA SETERUSNYA: Isu-isu agama akan terus diperdebatkan selagi ia dipolitikkan. Dan ia dijangka berterusan tahun depan berikutan dua saman telah difailkan berhubung hak penganut Kristian menggunakan "Allah" dalam Bahasa Malaysia bagi merujukan kepada perkataan "God".

7.Isu babi di Melaka

ISU: Mengikut kalendar Cina, 2007 merupakan tahun Babi dan di Melaka, penternak babi di negeri itu telah bertindak mempertahankan ladang ternakan mereka.Kerajaan Melaka memutuskan untuk menutup ladang babi atas alasan pencemaran alam sekitar, sepertimana yang dilakukan di negeri-negeri lain sejak beberapa tahun lalu.

Pada 4 September lalu, ribuan anggota penguatkuasa dari agensi-agensi terbabit telah cuba memusnahkan ternakan babi di Bukit Beruang, Paya Mengkuang, Kampung Man Lok dan kawasan sekitarnya.Bagaimanapun, mereka dihalang oleh penternak yang membentuk benteng bagi melindungi ladang mereka. Mereka membantah kerana kerajaan negeri bertindak demikian walaupun tempoh penutupan ladang masih belum tamat.

Mereka serta keluarga masing-masing turut mengebarkan bendera Malaysia dan membawa kain rentang perayaan sambutan 50 tahun kemerdekaan Malaysia.Polis menutup semua jalan utama.

Beratus-ratus anggota polis, termasuk unit anti-rusuhan ditempatkan di situ. Jentera pengorek juga dibawa untuk menggali lubang bagi menanam babi yang mahu dimusnahkan itu. Selepas 10 jam berlaku ketegangan, maka pemimpin MCA negeri telah mencapai persetujuan dengan pihak berkuasa bagi melanjutkan tempoh tersebut sehingga 21 September bagi memboleh ternakan di kawasan terbabit dipindahkan.

Bagaimanapun, mereka tidak dapat berbuat demikian kerana masalah logistik.

Rundingan seterusnya yang diadakan pada 2 Oktober memutuskan untuk menangguhkan lagi tarikh tersebut sehingga 3 Mac tahun depan. Pada tarikh tersebut, kerajaan negeri menetapkan bahawa hanya 48,000 yang dibenar diternak. Kesemua 24 ladang ternakan babi di luar Paya Mengkuang mesti ditutup pada bulan Disember.

APA SETERUSNYA: Penternak terbabit tidak mempunyai pilihan dan perlu mematuhi syarat-syarat kebersihan yang ditetapkan. Bagaimanapun, cara pihak berkuasa negeri cuba menutup ladang ternakan mereka akan diingati, terutama ketika mereka keluar mengundi.

8. Isu PKFZ

ISU: Ia bermula dengan Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (PLDCB) yang ditubuhkan pad tahun 1989 dan dipengerusikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, dianugerahkan tanah seluas 405 hektar di Pulau Indah oleh kerajaan negeri.

Ia menjual separuh daripada tanah tersebut kepada Kuala Dimensi Sdn Bhd pada harga RM30 juta, dan diikuti dengan bakinya sebanyak RM65 juta - menjadi jumlah keseluruhannya RM95 juta.

Pada 2002, Kuala Dimensi menandatangani perjanjian untuk menjual semula keseluruhan tanah tersebut kepada Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) pada harga RM1.81 bilion.

Kuala Dimensi pula ada kaitan dengan firma pemaju hartanah dan pelaburan Wijaya Baru Global Bhd (WBGB), di mana menantu lelaki Onn - Faizal Abdullah - menjadi timbalan ketua pegawai eksekutifnya.Walaupun berlaku percanggahan kepentingan, Kuala Dimensi telah menandatangani perjanjian dengan PKA untuk memajukan kawasan itu sebagai Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), pada mulanya pada kos RM500 juta.

Ia kemudiannya meningkatkan kepada RM4.6 billion.Selepas itu timbul tuduhan bahawa PKFZ mengalami masalah karenah birokrasi, campurtangan ahli politik dan pihak-pihak berkepentingan yang lain, minit mesyuarat yang tidak tepat dan percubaan mengelak cukai.

Masalah-masalah ini disebut menjadi punca syarikat Jebel Ali Free Zone dari Dubai telah menarik diri daripada mengurus dan mempromosi PKFZ.

Ekoran laporan-laporan negatif mengenainya - dan keputusan kerajaan untuk menyelamatkan projek berkenaan - maka pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC), Datuk Shahrir Abdul Samad mengarah siasatan dijalankan terhadap isu PKFZ.Bagaimanapun, selepas penjelasan dari PKFZ, PAC nampaknya berpuashati dengan perjalanan projek tersebut.

APA SETERUSNYA: Dengan Peguam Negara belum bertemu PAC dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy mengelak daripada jawapan soalan, siasatan yang sedang dijalankan mungkin menemui jalan buntu. Mungkin ia juga akan dilanda sindrom 'mudah lupa'.

Sticks and stones...

THE ISSUE: Bloggers were subjected to much name-calling - among these, liars, unemployed women, goblok and monkeys. To add politically-motivated injury to insult, some have had to deal with lawsuits and police action.

In January, a defamation lawsuit was slapped on Jeff Ooi and Ahirudin Attan (or Rocky) by the New Straits Times Press Bhd and four others.

Nathaniel Tan was arrested in July and remanded for four days under the Official Secrets Act over an anonymous comment left in his blog. Malaysia Today webmaster Raja Petra Kamaruddin and Ooi were questioned separately by the police over alleged seditious comments - Raja Petra in July for postings on his blog, and Ooi in November for his comments on Al Jazeera during the Bersih rally for electoral reform.

Ooi also left Barisan Nasional component Gerakan to join DAP in July.With free speech already deemed inappropriate - even dangerous - singing was added to the list in August. Taiwan-based Malaysian student Wee Meng Chee was rapped for his Negarakuku remix posted on YouTube. Politicians threatened to extradite Wee and shut down YouTube.

WHAT’S NEXT: Active interest in politics and citizen journalism will spill over into election campaigns and instant dissemination of information.

10. Real winners of by-elections

THE ISSUE: In the first half of the year, three bitterly fought by-elections were held - Batu Talam in Pahang; Machap in Malacca; and Ijok in Selangor; all state seats that fell vacant on the death of the incumbents.

The Batu Talam affair was distinguished only by an opposition boycott and an Independent rookie candidate who turned all of 22 during the campaign. He lost to Barisan Nasional (BN), but kudos to him for filling the vacuum.

In Machap, the DAP candidate was defeated by MCA’s nominee for the second time.The Ijok by-election on April 28 was the most hard fought and closely followed campaign, being touted as a gauge of the voters’ mood before the next general election.

It also marked the return of ex-deputy premier and PKR de facto leader Anwar Ibrahim to the hustings - albeit on an opposition platform.

The campaign was even said to be a ‘proxy war’ between him and Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak.The intensity of the by-election was best illustrated by the presence of BN chairperson and Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi, who was roped in for the final leg of the campaign.

MIC candidate K Parthiban, a teacher and political novice, beat PKR’s Khalid Ibrahim - the opposition and a polls watchdog complained of heavy-handed tactics, intimidation, electoral irregularities and ‘missing ballots’.

However, the real winners were the bemused electorate who were recipients of government largesse on a large scale, as millions worth of ‘projects’ were rushed into all three constituencies and the big guns rolled into town to entertain them at ceramahs. It sure beats watching the news on RTM!

0 Pandangan